Name: Bluedynno
Location: Putrajaya, Malaysia

When passion works with skill, expect a masterpiece

Blogger
Bluedynno Multimedia
Bluedynno Fotopages
Dynnobot
Intelicom Resources
Prystine Percheron :: MCKK 9195
Intense Paintball
Lelong.com
SiteKreator


Blogroll Me!


Reality Distortion Field
Me 2011
Bluedynno reactivated!
Puas hati!
Kat Mesra Mall
Farra kat Tadika
Jalan2 Kuantan
Jaga kopitiam
Naik kuda
Farra and Fatin


  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • July 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • January 2008
  • February 2008
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • July 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • February 2009
  • November 2011
  • Current Posts

  • 05 Jul 07 :: Besday Acik
    10-11 Jul 07 :: Training @ KL
    14 Jul 07 :: Besday Era
    21 Jul 07 :: Anniversary Ma & Abah
    21 Jul 07 :: Besday Abe Sham
    21-22 Jul 07 :: Naza Bikers Charity Ride
    25 Jul 07 :: Besday Jue


    Wednesday, April 30, 2008
    PPD Away Day 08
    27 - 29 Apr baru ni, aku join away day yang department aku buat. Kitorang pegi ke Tekam Plantation Resort kat Jerantut, Pahang lebih kurang 4 jam naik bas dari Kerteh. Memang aku teruja nak pegi sebab lama dah tak pegi outdoor camni. Antara aktiviti menarik ialah berakit, caving, treasure hunt, telematch and karaoke.

    1st day sampai petang tu start ngan rafting. Diorang bagi tong drum plastik ngan paip PVC je untuk buat rakit tu. Team aku ada 8 orang dengan nama Renault (AJK bagi nama ni). Berakit kat kolam buatan kat situ je, bukan dalam sungai. Tapi ok la sebab lama dah tak berakit. Kitorang kene berlumba ngan rakit tu. At last group aku dapat no. 3 je. Malam tu plak ada Crazy Night Hunt. Kitorang kene pegi to several checkpoint berpandukan clue2 berkaitan tempat resort tu. Tak penah lagi aku buat treasure hunt waktu malam tapi menarik gak. Group aku no. 2 sampai kat penamat tapi sebab group 1st tu bawak barang tak cukup so group aku dapat no. 1. Habis je aktiviti malam tu hujan lebat sampai ke pagi.

    Pagi 2nd day, patutnya buat Tai Chi kat padang tapi sebab hujan kene buat kat dewan je. Then kitorang naik bas ke Taman Warisan Gua Kota Gelanggi. Kat sini ada banyak gua tapi kitorang masuk Gua Angin & Gua Sanding je. Sebab hujan malam sebelumnya, kitorang trekking dalam trek yang basah dan berair. Pacat tak banyak sangat macam kat Ulu Kenas. Untuk pegi ke Gua Sanding kene go thru Gua Angin dulu. Lubang nak masuk sempit sket, muat untuk sorang je so trip jadik slow. Bila dah kat dalam memang menarik sebab gua ni tak ramai orang masuk. Takde proper platform macam Gua Tempurung, trek batu je. Macam biasa aktiviti dalam gua ialah identify batu2 berbentuk binatang atau orang. Memang seronok sangat. Aku siap pakai semula baju official Kembara UTP sebab dah lama tak pegi outdoor ni.

    Belah petang 2nd day tu ada telematch. Biasa la sukaneka macam ni, setakat nak build up teamwork. Seronok la jugak, aku layan je. Petang tu kitorang main polo kat kolam renang. Malamnya plak ada BBQ dinner and karaoke. Aku try gak layan nyanyi 4 lagu i.e. Lagu Cinta Lagu Rindu, Hati Emas, Gerhana & Widuri. Dekat pukul 12 malam baru masing2 masuk bilik.

    On last day, ada buat kerja amal sket, bersihkan masjid kat area situ. Then prize giving ceremony. Group aku dapat 1st overall. Surpirisingly, karaoke malam sebelum tu ada hadiah rupanya. Aku dapat no. 3..... huahuahua!!! Lepas lunch kitorang balik semula ke Kerteh, sampai lebih kurang pukul 5 petang. Harap2 next time ada lagi aktiviti camni.
    blogged by Bluedynno @ 4:58 PM | 

    Wednesday, April 23, 2008

    Hepi Besday Papa!
    Pada malam besday aku baru ni, Ija buat suprise besday parti untuk aku kat Restoran Payung Biru. Dia masak spaghetti and tempah kek special bentuk Mickey Mouse. Besar kek tu, 2kg siap boleh bagi2 kat pelanggan situ malam tu. For info Payung Biru dah ada free wifi, aku setup baru2 ni. Speed 1Mbps and free some more. Jom la datang ramai2. Biasa la yang seronok bila ada kek ni budak2 je la. Tengok la si Farra tu sampai Fatin pun sama naik excited. Ija bagi aku gift Egyptian Potion, a set of non-alcohol mini perfume inspired by branded names. Sayang plak rasa nak guna. Thank you mama!

    Baru ni aku borak ngan member aku pasal takleh bawak camera pegi platform. Member aku tu pun tersebut pasal bos dia ada guna jam tangan berkamera. Aku terpikir menarik gak gadget tu. So balik rumah aku try buat research sket. Rupanya memang dah kat market Malaysia ni. Cuma benda tu masih baru and not from known brand names. Rasanya dari China, sama brand ngan handphone yang ada TV tu. Pic kat atas tu model M880: touch screen, bluetooth, GPRS, 1.3MP camera, support microSD card. Basically, apa yang handphone kita sekarang guna ada, jam tu ada function tu. Most importantly it looks cool. Harga lebih kurang RM800. Korang search la kat Lelong.com, dah ada a few jual kat situ, brand new.
    blogged by Bluedynno @ 11:29 PM | 

    Monday, April 21, 2008

    It's been 30 precious years
    Pada tarikh ini, 30 tahun dulu, Bluedynno telah pertama kali melihat dunia. Hari ini, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya aku masih lagi dapat melihat dunia dan membiarkan dunia melihat aku melalui blog ni. Bila dipikirkan balik rasa sekejap je 30 tahun. Aku puas hati ngan hidup aku sekarang, apa yang aku nak, aku dapat. Aku ada famili, masih lagi ada ibu bapa, ada kerja, ada moto dan ada rumah. Cukup untuk aku, bini aku dan anak2 aku. Sekurang-kurangnya jika ditakdirkan apa2 jadi kat aku, diorang ni still boleh hidup ngan sempurna.

    "Ya Allah, aku mohon dariMu kebaikan dalam kehidupan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya. Ya Allah, lindungilah aku dari keburukan kehidupan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Amin Ya Rabbal Alamin."
    blogged by Bluedynno @ 12:23 AM | 

    Thursday, April 17, 2008

    Yang dapat, yang kena, yang disayang
    Yang dapat :: Lebih kurang sebulan lepas, aku ada terbaca iklan kat dalam mag Digital Camera Malaysia pasal Adobe products. Dia kata kalau nak DVD free of their product, just pegi kat website dia and fill up the form. Aku pun isi la. Tup-tup, 2 hari lepas aku terima satu parcel dari Singapore dengan cop Adobe kat luar. Buka dalam tengok ada 3 keping DVD Adobe Master Collection CS3. Sumer products Adobe ada dalam tu tapi trial for 30 days. Anyway, aku tau la nak buat cemana & dah buat pun.... hehehe. Tq Adobe!!

    Yang kena :: Baru ni aku naik platform kejap je, Ahad dah balik sebab Isnin ada training. So Isnin pagi tu aku selamba la bawak bike aku pegi ofis. Sampai kat Rantau nampak JPJ buat road block. Aku buat selamba je. Dia minta lesen ngan road tax, aku konfiden je bagi. Pastu dia cakap, "Encik, dua2 dah mati ni". Ya Allah, aku tak perasan. Aku cakap la aku baru balik offshore, tak sempat nak check tapi dia buat muka bodo je. Aku pun dah tau salah, tak cakap apa la. Dah nasib, nak buat cemana lagi. Dia tak saman tapi suruh aku pegi settle kat Mahkamah Kemaman. Ada 3 kesalahan i.e. 1. Lesen mati 2. Road tax mati 3. Takde insurans. Tapi dia tulis no plet aku salah, instead of WKL dia tulis WLK. Tak tau la dia sengaja ke nak kasi aku lepas or memang dia tersilap. Korang rasa valid ke surat saman tu?

    Yang disayang :: Tadi siang aku tak keje. Tengahari bawak Farra pegi bank, settle pertukaran alamat. Then bawak dia pegi makan Pizza Hut, dia suka makan soup of the day. Aku belasah spaghetti udang, sedap gak.

    Bluedynno :: Bayar income tax woi.... walaupun aku tak setuju ngan sistem tax kat Malaysia ni sebab banyak sangat tax yang ada.
    blogged by Bluedynno @ 11:07 PM | 

    Thursday, April 10, 2008

    Edisi Bosan
    Kali ni aku namakan Edisi Bosan sebab aku tak menda nak citer. Sekarang ni kat laut, naik tak sampai seminggu. Balik awal sebab ada training kat darat Isnin ni. 29hb nanti plak aku akan start naik 2 minggu. Mungkin akan terasa lama tapi aku akan cuba sibukkan diri supaya tak rasa bosan. Now ni aku blogging dari dalam bilik sebab tadi ada technician aku bagi access untuk wifi kat kuarters ni. Speed takde la laju sangat tapi ok la dari takde langsung. Cuma certain website still kene block by server.

    Kalau korang perasan moto aku tu dah berwajah baru sket. Aku dah tukar windshield dari standard kepada type double bubble. Untuk jenis moto aku ni payah sket nak dapat kat local so kedai tu modify dari yang model lain punye. Cantik gak dia buat. Memang terasa perbezaannya especially during high speed sebab dia lebih aerodynamic. Then ingat nak taruk single seater tapi memandangkan harganya mahal sangat so tak jadi la. Aku just tukar rantai and sprocket je. Dekat seribu gak abis sumer sekali.

    Baru ni pegi kat Jusco Balakong, aku ushar replica MotoGP yang ada jual situ. Ternampak la model Yamaha M1 2007 yang Rossi bawak, terus beli sebab cun. Aku dah ada yang Honda Repsol punya. Cari Ducati Stoner tapi takde, ada yang model lama je. Kalau jumpa nanti aku beli, saje nak buat collection, nak beli sendiri memang tak mampu dah.

    Bulan ni bulan income tax, banyak siot kene. Nasib tahun lepas aku ada beli laptop so dapat la potong. Rasanya kene sikit je kot. Balik darat nanti nak settle sumer. Lesen dah mati. Road tax and insurance moto pun dah mati. Nak kene bayar lawyer untuk loan rumah lagi, entah apa benda lawyer tu buat ntah nak caj aku ribu2. Banyak nak guna duit ni nasib baik pegi laut bulan ni, ada la rezeki lebih sket. Ok la, wa ciao dulu!!! Nak pegi makan...
    blogged by Bluedynno @ 11:24 PM | 



    Free shoutbox @ ShoutMix



    dynno(s) online
    Putrajaya, Malaysia

    The WeatherPixie

    eXTReMe Tracker


    Powered by Blogger


    Hits since 17 July 2005
    Free Web Counter
    Free Web Counter
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

    ShoutMix!











    Copyright © Bluedynno Multimedia