Name: Bluedynno
Location: Putrajaya, Malaysia

When passion works with skill, expect a masterpiece

Blogger
Bluedynno Multimedia
Bluedynno Fotopages
Dynnobot
Intelicom Resources
Prystine Percheron :: MCKK 9195
Intense Paintball
Lelong.com
SiteKreator


Blogroll Me!


Reality Distortion Field
Me 2011
Bluedynno reactivated!
Puas hati!
Kat Mesra Mall
Farra kat Tadika
Jalan2 Kuantan
Jaga kopitiam
Naik kuda
Farra and Fatin


  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • July 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • January 2008
  • February 2008
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • July 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • February 2009
  • November 2011
  • Current Posts

  • 05 Jul 07 :: Besday Acik
    10-11 Jul 07 :: Training @ KL
    14 Jul 07 :: Besday Era
    21 Jul 07 :: Anniversary Ma & Abah
    21 Jul 07 :: Besday Abe Sham
    21-22 Jul 07 :: Naza Bikers Charity Ride
    25 Jul 07 :: Besday Jue


    Wednesday, January 25, 2006
    Lepak @ Putrajaya Lake Club

    Putrajaya, 24 Jan - Pagi semalam lepas balik keje malam, aku set appointment ngan kontraktor buat kabinet untuk apartment baru aku kat Kajang. Aku plan nak pindah la sebab tak mampu nak bayar rumah tu lagi, rumah sewa ni lagi. So, before pindah aku nak buat dulu kitchen kabinet, grill, wardrobe, cornices & cat dinding ngan kaler lain macam dalam Casa Impian tu. Hari ni patutnya kontraktor tu bagi quotation tapi tak dapat2 lagi. Aku carik kontraktor lain kang.....

    Petang semalam pegi amik Ija dari ofis, perut terasa lapar plak. Ajak dia singgah kat Putrajaya Lake Club sebab aku tak penah pegi situ. Farra tak ikut so macam dating gak la. Nice place actually & the foods are quite good. Aku order nasi goreng cina & ija order bihun kari. Harga boleh tahan.... nasi aku RM7.50 & bihun kari ija RM12.50 kalau tak silap aku. Sekali-sekala pegi boleh la... kalau tiap2 hari nak lunch situ.... kopak!! Petang2 tak ramai orang so tenang je tengok air, masjid & orang main kayak kat situ. Patutnya besday Ija itu hari aku bawak pegi makan situ, tak terpikir plak masa tu.

    Hari ni patutnya aku ada appointment kat KLIA untuk usha projek baru. Bangun la aku awal2 ikut Ija pegi keje sekali sebab janji ngan kawan aku nak pegi sekali dari ofis. Sebelum pegi aku suruh member aku call dulu confirm tak appointment tu sebab tak tau ofis dia kat mana. Tepon2 takde orang angkat, aaa sudah. Takkan nak redah dulu kot, bukan dekat KLIA tu. Last2 member kepada member aku tu bagitau kensel hari ni sebab dia takde kat ofis. Hampeh betul.... So plan nak pegi lepas raya cina ni plak.

    Raya cina ni aku balik Kota Bharu. Keter Waja tak tau bila siap. Diorang kata kalau kes keter kene curik then jumpa balik low priority kalau compare ngan keter eksiden. Bodoh betul la!!! Satu hari nanti kalau keter diorang kene curik baru padan muka.


    Bluedynno :: Jom pegi tengok Buli Balik...
    blogged by Bluedynno @ 2:27 PM | 

    Monday, January 23, 2006

    R3 Street Shoot Out 5.5

    Bukit Jalil, 21 Jan - Aku ngan kawan2 aku pegi tengok Street Shoot Out 5.5 Final kat Stadium Bukit Jalil anjuran Proton R3. Event ni sama macam D1 Professional Drift Grand Prix Series kat Jepun sana. Aku dengar diorang akan upgrade event ni jadik D1 Professional Drift Series Grand Prix Malaysia next year. Actually event ni hari Jumaat dah start tapi qualifying round la so aku tak pegi. Rupanya hari Jumaat tu la best sebab ada kereta terbalik. Hari Sabtu ni sumer final je, tinggal 22 buah kereta je. Guest judges for the event are Drift King dari Jepun iaitu Keiichi Tsuchiya dan Yasuyuki Kazama. Diorang siap buat demo lagi, tunjuk terer yang sememangnya diorang terer.



    Aku pegi ni actually nak practice shoot gambar2 action sport & guna panning teknik. Orang punye la ramai, nak tengok pun susah apatah lagi nak dapat spot & angle yang menarik untuk ambik gambar. Aku nampak some photographers dapat masuk area track tapi bila aku nak masuk diorang mintak pass. Rupanya kene register as media then baru boleh masuk. Aku nak register diorang tak bagi dah sebab event dah start. So banyak gambar aku tak menjadi. Banyak yang blur sebab kene full zoom baru nampak dekat so pic gegar la. Ditambah pulak ngan shutter speed cuma 1/60s so lagi mudah pics nak jadik blur. Kalau guna shutter speed laju pics memang sharp tapi tak dapat effect motion blur. Ni yang aku belajar itu hari. Korang tengok la ada sket pics aku taruk kat fotopages aku.


    Belah malam was actually the real final event yang dikenali sebagai Tsuiso Battle. Judge akan select 16 kereta dari 22 tu. Diorang akan fight 2 kereta serentak dalam 2 round. Time ni la drivers akan drift tak ingat sebab nak kalahkan lawan sorang lagi. Dari 16 tu akan tinggal 8 then 4 then lastly 2. Yang tak syoknya aku takleh guna zoom lense aku sebab aperture tak cukup besar. So terpaksa la aku sacrifice guna normal lense 50mm ngan max aperture f1.8. Baru la terang sket tapi kereta nampak kecik je. Ni rasa macam nak beli lense lagi hebat ni tapi duit takde plak. Memang hebat drift driver kita ni, cuma ramai tak tau sebab event camni tak berapa dipopularkan. Champion malam tu was Tengku Djan, anak Tengku Mahaleel. Dia bawak kereta Toyota Trueno AE86 sebijik yang macam dalam citer Initial D cuma takde tulis tauhu je kat body dia. Congrats Tengku Djan.... and kudos to Proton R3 for successfully organizing this event. Hope it will continue this year with more excitement and better improvement.

    Bluedynno :: Ok tak kalau aku convert Waja aku jadik macam Waja R3 tu?
    blogged by Bluedynno @ 5:02 PM | 

    Monday, January 16, 2006

    TAA 6262 recovered!!!

    Serdang, 16 Jan - Dalam lebih kurang pukul 1 siang tadi, masa aku baru nak lelap, tiba2 handphone aku berdering. Rupanya Sarjan Sabri dari IPD Kajang yang handle kes kecurian kereta Waja aku tu call. Dia bagitau kereta aku polis dah jumpa & sekarang ada kat balai polis Kajang. Terkujat aku sekejap sebab macam tak percaya. Genap seminggu hari ni kereta aku tu hilang. Baru je pagi tadi call insurans follow up pasal claim & call bank tanya berapa full settlement. Baru je jugak berangan nak beli kereta baru kalau Waja ni tak jumpa, muahaha!! Sarjan tu suruh aku datang ke balai untuk buat pengesahan. Polis bagitau kereta tu jumpa kat Kajang Perdana, ditinggalkan camtu je.

    Sampai kat balai berdebar-debar nak jumpa kereta aku. 1st time tengok sedih gak la sebab rabak bahagian enjin dikerjakannya. Radiator, alternator, compressor, tangki air, water pump, bateri & ntah apa lagi takde dah. Tinggal enjin je seketul. Aku bukan reti bab2 enjin ni tapi kalau tengok tu memang banyak parts yang takde dari ada. Kesan calar kat bumper depan kiri & bumper kanan belakang diorang dah cover ngan cat yang sama so tak nampak. Calar kat pintu belakang sebelah kiri still ada lagi. No plet diorang tukar jadik WJW 30xx, dah patah sket. Engrave no plate asal kat cermin dah dibuang. Sport rims diorang kebas gak tapi murah hati jugak la sebab diorang kasik taruk balik rim standard siap ngan tayar botak mana ntah. Tak le lumpuh terus kereta aku tu. Sticker sumer diorang cabut. Tapi yang penting diorang gagal cabut betul2 sticker Manchester United kat cermin belakang sebab sticker tu dah kering kene cuaca panas sejuk so melekat kat cermin susah nak buang. The spirit is still there...

    Bahagian dalam nampak ok, seat sumer ada lagi. Radio dah takde, sumer barang yang aku simpan dalam kereta dah dibuang. Panel sumer untouch. Aku tatau apa motif diorang ni. Kalau nak ambik spare part saja apesal pegi cat bumper. Kalau nak guna apesal pegi cabut sumer barang dalam enjin tu. Karpet depan diorang kopak, ambik apa entah. Masa aku tengah check tu, terjumpa satu benda pelik bawah seat driver. Bentuk macam walkie talkie kaler hitam & ada wayar sambung ke bahagian bawah stereng. Aku ingat bom, terus panggil polis.... haha!! Polis datang berlumba-lumba terus cabut benda tu tanpa usul periksa. Cipan betul, bahan bukti tu!!! Mana la tahu benda tu tracking device ke apa ke. Mesti ada kesan cap jari, boleh track siapa yang curik.


    Bahagian boot kereta diorang kopak lampu. CD changer pun kene cilok gak, tapi speaker still ada lagi. Lagi kene cilok kat dalam boot tu termasuk tayar spare (tayar spare woi!!! takyah ambik laaa!!!!) & stroller baby aku (kalau ada sesapa jual kat pasar malam bagitau aku, brand Sweet Cherry). Ada air bertakung dalam compartment tayar spare, camana boleh masuk aku tatau.

    Selain pada tu aku tak nampak lagi apa yang hilang, bukannya aku pro sangat bab2 ni. Yang penting diorang belum alter lagi nombor chasis & enjin so tak kira total loss la, Puspakom & JPJ boleh terima lagi kata insurans agent aku. Besok pagi aku akan pegi lagi ke balai sekali ngan adjuster insurans & pomen panel workshop insurans aku untuk buat evaluation & hantar repair. Menurut jurucakap polis anggaran kerugian masih belum dapat ditaksirkan lagi.

    Bluedynno :: Alhamdulillah, terima kasih encik polis. Cepat & Betul
    blogged by Bluedynno @ 11:18 PM | 

    Sunday, January 15, 2006

    Farra Series :: 11 months old
    blogged by Bluedynno @ 12:14 PM | 

    Saturday, January 14, 2006

    Zulhijjah 1426H

    Camera : Nikon D50
    Lense : AF Nikkor 70-300mm f4-5.6G
    Exposure time : 1/250s
    Aperture : f5.6
    Focal length : 300mm manual focus
    Exposure program : Manual
    Post processing : Adobe Photoshop CS2
    blogged by Bluedynno @ 2:04 PM | 

    Tuesday, January 10, 2006

    UIA Drift Challenge
    blogged by Bluedynno @ 9:16 PM | 

    Monday, January 09, 2006

    Kereta Hilang!!!

    Takde mood nak tulis panjang2. Cuma nak bagitau. Waja aku kene curi semalam kat carpark depan rumah aku. Details kereta as below
    Make: Proton
    Model: Waja 1.6 SOCH (A)
    Colour: Silver
    No Enjin: 4G18P-HF9017
    No. Chasis: PL1CF1SRR1F004405
    Reg No: TAA 6262
    Description: Bumper belakang ada 2 sticker "Spitfire" kat reverse sensor. Bumper depan belah kiri & bumper belakang belah kanan ada kesan calar.

    Report polis dah buat & insurans pun aku dah bagitau. Aku tau harapan memang tipis nak jumpa balik tapi kalau ada sesapa ternampak kat mana2 sila kontek aku kat 012-3242814.

    Bluedynno :: Nak beli kereta apa lepas ni ek??...
    blogged by Bluedynno @ 4:59 PM | 

    Saturday, January 07, 2006

    Era masuk UiTM Shah Alam

    Congrats to my sweet sister Era sebab dah dapat masuk UiTM. Semalam aku ngan bapak aku pegi hantar dia register kat UiTM Shah Alam. Dia ambik course Mass Communication, memang minat dia la tu. Sebelum ni dia kat KUSZA ambik Business Management. Dia ada apply UiTM tapi tak dapat. Pastu kawan dari KDU nak masuk UiTM sebab tak mampu belajar kat KDU. So bapak dia usahakan jugak nak masuk UiTM, sekali ngan bapak aku la. Rayu punya rayu, last2 dapat gak masuk. Asrama dia kat Puncak Alam, jauh gak la. Rasanya orientation week dah lepas kot sebab intake lain dah masuk awal lagi.

    Esok aku nak pegi ke UIAM, Gombak... ada Drift Challenge budak2 uni tu organize. Tujuan utama bukan nak masuk drift competition tu, mana larat kereta Waja aku tu. Nak ambik gambo la apalagi. Nak test skill ambik action pics plak sebab belum pernah try lagi. Kalau jadik nanti aku taruk kat Fotopages.

    Bluedynno :: Sesapa nak kenal ngan adik aku sila hantar resume beserta gambar ukuran passport.... hahaha!!!
    blogged by Bluedynno @ 3:18 PM | 

    Wednesday, January 04, 2006

    Gigi Farra Ke-3

    Satu... dua... tiga... Do... Re... Mi...
    Gigi Farra, sudah tumbuh satu lagi!!!
    blogged by Bluedynno @ 11:03 AM | 

    Tuesday, January 03, 2006

    Penang Cek Mai!!!
    Lepas balik dari Cameron, sampai je rumah terus kemas barang lagi, tido kat Shah Alam rumah bapak aku. Sebab esoknya tu kitorang ke Penang pulak ikut parents aku pegi lepak rumah adik aku kat Bertam. Family aku pegi dulu naik Waja ngan bapak aku sebab Naza Ria yang accident itu hari belum siap lagi. Aku keje shift siang 31hb tu, so malam tu terus ambik flight Air Asia pegi Penang.


    Kat Penang aku plan nak pegi Bukit Bendera sebab last time aku pegi keretapi tengah renovate. Menggagau la aku naik feri pegi pulau cari Bukit Bendera. Tengok signboard satu haram takde tulis. Berenti petrol station tanya jalan rupanya ikut signboard Air Hitam. Cek mana la tau.... Sampai situ cun tengok orang tak ramai kat luar. Aku pun beratur la beli tiket, sorang RM4 pegi balik. Train every 1/2 hour. Lepas beli tiket, masuk je ruang menunggu... tu dia aiihh... berimpit orang nunggu turn naik train. Hampeh betul!! Aku dah le nak cepat sebab lepas lunch dah nak balik KL. Last2 decide naik lain kali la. Keluar balik buat muke tak malu jual tiket macam brader ulat kat stesen bas. Nasib baik ada couple tu beli.


    2 Jan 06 actually besday Ija. Aku tak sempat prepare apa2 sebab ada kat Penang. Tapi masa tengah dinner kat luar, aku suruh adik aku pegi beli kek kejap, Ija tak tahu. Malam tu tepat je pukul 0001hrs aku keluarkan kek, buat surprise, celebrate gitu2 je. Takde idea aku nak hadiahkan apa tahun ni. Tahun lepas dah kasik jam.... perfume banyak lagi. Takkan nak bagi kereta kot... Anyway, Happy Birthday Sayang!!!...


    Ija punye besday tapi aku dapat hadiah..... muahaha!!! Citer dia camni.... masa aku tengah jenjalan kat Kompleks Bukit Jambul, buat la gatal kaki masuk satu kedai kamera ni. Tapi kaki aku memang gatal pun sejak balik camping itu hari. Tatau kene apa, agas kot. So aku tanya cina kedai tu ada tak Nikkor 50mm f1.8D? Dia pusing tengok rak... jeng... jeng... jeng... ada satu last punye. Harga RM400 tapi kalau cash RM380. Kat KL harga sama tapi stock payah nak dapat, kene order kurang2 2 minggu tunggu. Setelah menggunakan akal fikiran yang agak waras aku pun decide beli je tapi lepas tanya Ija la takut dia marah.... hehehe. Pegi la cucuk duit kat ATM, ada 4 biji mesin kat situ tapi sumer out of service, hampeh betul, ramainya orang shopping hari tu. Last2 buat muka tak malu pinjam duit kejap ngan mak aku. Bapak aku suruh guna kad kredit tapi beza RM20 banyak benda boleh beli tu. So now I am a proud owner of Nikkor 50mm f1.8D...


    Pics guna lense ni memang cun as what people have been shouting about. Aku dah ushar lama dah pasal lense ni, baca sket2 review orang buat kat forum. Baru ni aku tengok ada mamat sorang tu jual this same new lense at RM500, gile mahal. Tapi gerenti orang beli punyer sebab this is one of the best lense yang ada. What makes it so special? Hmmm... susah la nak citer, korang carik sendiri la kat internet. Tengok je la pics buah ciku kat bawah ni, aku ambik kat Taman Warisan Pertanian, Putrajaya waktu malam. Tak guna flash at aperture f1.8, natural lighting. Sama la jugak ngan pic kek kat atas tu.


    Ok la, aku nak pegi bawak family dinner kat Yankee Hut, Bangi celebrate besday kat sini plak. Gatal kaki tak hilang lagi, esok nak pegi klinik kot2 dapat MC ke.
    blogged by Bluedynno @ 9:17 PM | 



    Free shoutbox @ ShoutMix



    dynno(s) online
    Putrajaya, Malaysia

    The WeatherPixie

    eXTReMe Tracker


    Powered by Blogger


    Hits since 17 July 2005
    Free Web Counter
    Free Web Counter
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

    ShoutMix!











    Copyright © Bluedynno Multimedia