Hmmm.... lama betul aku tak update blog ni. Sampai ada yang suruh aku tutup je blog ni. Pastu ramai2 dok rogol kat shout box tu. Takpe... rogol la nak rogol pun pakcik tak kesah. Aku pun takde menda nak citer sangat. Kang aku taruk gambo kawen ada jugak yang tak puas hati. Tapi aku nak taruk gak. Baru ni aku shoot kat Setapak sana.
Honda Jazz aku dah cecah 25000km dah!!! Nak kene servis lagi ni, duit lagi la nampaknya tu. Motor aku pun tak servis lagi ni. Tup tap kejap je rasa dah 25k aku guna kereta tu, dah nak dekat setahun dah. Gathering club Jazz pun baru pegi sekali je masa visit ke plant Honda kat Melaka itu hari. Pastu senyap terus. But so far puas hati la guna Jazz ni compared to Waja dulu.
Isnin lepas aku hantar adik aku Era ke Seremban. Dia nak ke rumah adik aku Jue kat sana. Sekarang dia tengah cuti, parents aku plak balik KT. Sebelum tu dia lepak umah aku 2-3 hari. Aku bawak dia naik motor aku. Berani dia, laju gak aku bawak, hujan plak tu. Sampai sana, main2 kejap ngan anak buah aku then terus balik. Time balik dah tak hujan so sedap sket speeding. Cuma kereta banyak sebab time tu orang balik keje. Sempat cecah dalam 150km/h je. Setakat belum lagi cecah 160km/h. Gayat gak rasa sebab angin kuat, motor rasa goyang sket. Bulan 7 ni kalau line clear nak follow geng2 Naza konvoi ke utara ada charity ride. Tunggu je la nanti, kira 1st konvoi aku la tu.
:: Bluedynno :: patutnya sibuk dah sekarang tapi tak tau mana keje nak buat dulu...