Baru ni si Farra demam lama sangat, dekat 2 minggu ada kot. Kejap suhu badan dia turun, time tengah malam naik balik. Dah 2 kali aku bawak pegi klinik biasa amik ubat. Masalahnya dia ni tak suka makan ubat. Punya la susah nak paksa masuk mulut tu. Setakat bagi ubat demam je, antibiotik dia memang tak nak langsung. Last2 aku dah tak tahan sangat terus bawak dia pegi KPJ Kajang. Doc check darah normal tapi maybe ada viral infection sebab treatment antibiotik tak complete. Apa lagi masuk wad la sebab nak kene masukkan antibiotik direct ikut drip. Susah sangat nak makan ubat camni la gayanya. So masuk la Farra ke wad for the second time. Hari tu dia masuk sebab kene Bell's Palsy. Bagus gak dia masuk kali ni sebab kalau pegi check-up kat sini then balik umah, aku kene bayar dulu pastu baru claim. Kalau masuk wad dapat GL, takyah bayar dulu.... hahaha!!! Mangsanya aku la yang terpaksa tido sama kat wad teman Farra. Kesian gak tengok dia masuk drip and kene paksa makan ubat. Abis nak buat cemana, nanti tak sembuh pulak. Tido la aku 2 malam kat dalam wad tu. Hari Rabu petang dah dapat discharge balik umah, Doc suruh continue ubat lagi then datang follow up pulak 20hb ni.