Hari ni pun tak berapa produktif. Keje malam direct 4 hari memang macam ni la. Malam keje dah le takleh buat apa2, siang ngantuk tak ingat tapi takleh tido betul2. Balik keje tadi main2 ngan
Irdina dulu, dia selsema sikit hari ni, mak dia dah bawak pegi klinik tadi. Tapi she's still energetic as always, ambik gambar pun no problem. Cuma masa ambik gambar tadi tak sedar ada hingus kat hidung dia. Cuba perati betul2 kat bawah tu... kihkihkih!!!
Siang tadi
Effa mintak tolong ajar camana nak buat watermark kat gambar2 dia guna Photoshop. Semalam dah ajar tapi takleh nak buat sebab dia tak jumpa carik toolbar dia. Rupanya terminimize. Aku tau tu sebab dia email screen shot pc dia. Ada la jugak benda bermanfaat aku buat hari nie. Selain dari tu rasanya takde buat apa2 lagi tu, baca blog orang ada la. Ramai gak orang update hari ni, seronok aku membaca...
For those golfers out there, aku terjumpa satu software menarik. Actually aku terbaca dalam paper Star semalam. It's called
Handi 18, software utk scorecard golf. Yang menariknya it is a Java apps for your handphone. So pasni bila main golf tak payah guna scorecard kertas tu lagi, SAVE THE TREES!! Sebelum ni aku guna Golf Score for Palm tapi kalau dah ada Handi18 ni rasanya lagi menarik. Another best thing about this is the app is freeware. Ada 3 cara mudah nak download:
- Via SMS - Send "GOLF" to 32918 then they will send direct to your handphone. Free but require WAP/GPRS for Maxis users only.
- Download via WAP/GPRS at http://www.handi18.com/wap/index.wml. For all network operators.
- Download to PC then copy to handphone. Need to register (free) at Handi18 website.
Aku dah download kat SE T630 and it runs smoothly cuma blom bawak masuk green lagi la. Lama dah tak main golf ni. For more details pegi baca kat
website dia sendiri.
Aku dapat berita baik tadi. Petronas dah naikkan starting salary untuk fresh grad. Jadi sebab nak bagi adil, gaji sumer exec pun dinaikkan sebanyak RM260 effective 1st Aug 05... yuhuuu!!! Cuma bonus blom announce lagi, patutnya bulan August ni la tapi macam senyap je. Jangan takde sudah la...
Aku dah agak dah... aku dah rasa dah.... aku dah cakap dah.... Sabtu ni aku kene keje gak, siot betul la. Colleague aku low blood pressure plak so dia tak boleh cover aku Sabtu ni. Nasib baik shift siang, kalau malam tobat aku tak datang. Tak best la tengok siaran ulangan.... well, you know what...
Jumaat ni aku nak pegi Meru, Klang.... ada doktor mintak demo software clinic yang aku buat tu. Tak sempat2 dia suruh datang, dah 3-4 kali call. Ingat nak pegi Sabtu tapi busy so Jumaat ni lepas office hour terus ke sana ngan member aku. Agaknya jam tak? Aku bukan biasa ngan Klang tu, takut sesat je. Sesapa ada kenal doktor yang berminat nak gunakan computerised clinic system bagitau aku ok, nanti aku buat demo, aku bagi la komisen sket.... Nama software aku tu Klinik Resources Integrated Management System (
KRIMS).
Ngantuknyeeee.... malam ni nak rehat la, tak larat dah ni. TV pun takde citer best. Esok keje malam lagi, last night. Jumaat ada training, hopefully cancel....hehehe. Ok, over & out....zzzzzz!!!!