Name: Bluedynno
Location: Putrajaya, Malaysia

When passion works with skill, expect a masterpiece

Blogger
Bluedynno Multimedia
Bluedynno Fotopages
Dynnobot
Intelicom Resources
Prystine Percheron :: MCKK 9195
Intense Paintball
Lelong.com
SiteKreator


Blogroll Me!


Reality Distortion Field
Me 2011
Bluedynno reactivated!
Puas hati!
Kat Mesra Mall
Farra kat Tadika
Jalan2 Kuantan
Jaga kopitiam
Naik kuda
Farra and Fatin


  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • July 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • January 2008
  • February 2008
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • July 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • February 2009
  • November 2011
  • Current Posts

  • 05 Jul 07 :: Besday Acik
    10-11 Jul 07 :: Training @ KL
    14 Jul 07 :: Besday Era
    21 Jul 07 :: Anniversary Ma & Abah
    21 Jul 07 :: Besday Abe Sham
    21-22 Jul 07 :: Naza Bikers Charity Ride
    25 Jul 07 :: Besday Jue


    Monday, February 13, 2006
    Farra's Birthday Invitation

    Anda bosan? Tak tahu apa nak buat pada hujung minggu ini? Ingin berjumpa seseorang? Apa kata anda berjumpa dengan Wan Nurfarra Irdina a.k.a. Farra. SMS "ON FARRA" ke 0123242814 untuk berjumpa dengannya pada 18th February 2006 di A&W Alamanda Putrajaya jam 11 pagi sempena majlis harijadinya yang pertama. Tempat terhad... tawaran ini terbuka kepada saudara dan rakan terdekat termasuk pengunjung blog ini sahaja. Masa terhad... dari jam 11 pagi hingga 12.30 tengahari sahaja. Bawalah anak2 anda untuk bergembira di sini bersama dengan anak2 orang lain. Penampilan istimewa daripada A&W Root Bear jadi datanglah awal2. Masuk percuma. Jumpa anda di sana....!!!

    Bluedynno :: Outside food and pets are strictly prohibited
    blogged by Bluedynno @ 5:03 PM | 

    Thursday, February 09, 2006

    Makan-makan @ Brunsfield Riverview

    Shah Alam, 4 Feb - Ma & abah buat makan2 kat rumah diorang kat Shah Alam. So pagi2 lagi lepas balik keje malam, aku terus pegi sana ngan Ija & Farra. Actually Ma jemput Cik Yein & Ayah Long, dua2 pakcik aku yang dah pencen. Menu kali ni sumernye bertemakan ikan. Ikan2 tu sumer fresh beli kat Terengganu masa balik baru ni. Abah cakap ikan tenggi tu masa beli hidup lagi sebab baru bawak naik ke darat. Ikan tambam digoreng, ikan kembung dibakar cecah air asam, ikan ebek buat masak lemak pedas & ada 2-3 jenis ikan lagi yang aku tak kenal. Ikan ebek tu besar gile, kepala dia saja besar satu sinki.


    Keluarga Ayah Long yang datang termasuk Mak Long, Nasha, Najiha (anak Nasha), Trisya & Darwish, dua2 cucu Ayah Long. Keluarga Cik Yein plak ada Cik Ton, Yana + hubby, Diah & 2 lagi anak Cik Yein. Dulu Ayah Long keje ngan MAS tapi dah lama dah pencen. Cik Yein plak dulu keje kat Melaka tapi baru ambik early retirement. Diorang ni sumer adik beradik belah Ma aku. Lauk sumer habis licin. Aku pun tak sempat merasa ikan ebek tu. Sibuk dok shoot pics je. But certainly everbody enjoy... More pics at my Fotopages


    Malam 4th Feb tu Alumni UTP organized Fund Raising & Charity Dinner kat Permata, Bangi. Tujuan utama diorang organize benda ni sebab nak bagi sumbangan kat Pondok Penyayang Ar-Raudhah, Gombak. Banyak jugak yang sponsor including individuals from PETRONAS VIP. Aku rasa ni 1st activity Alumni UTP yang aku attend kat KL ni. Ingat ramai budak2 batch aku datang tapi sikit je. Anyway kudos to AJK dinner malam tu coz berjaya menjayakan makan malam tu dengan jayanya. More pics at my Fotopages

    Bluedynno :: Minggu ni aku training je kat PERMATA, boring siot...
    blogged by Bluedynno @ 12:21 AM | 

    Friday, February 03, 2006

    Lokcing...

    Cuti raya cina baru2 ni kitorang sumer pakat balik Kota Bharu. Kat Putrajaya cuti direct 6 hari sebab 1st Feb tu Hari Wilayah so tunda cuti on 2nd Feb. Actually aku terpaksa ambik cuti sebab 28 - 31 Jan tu jatuh on shift aku. 28 Jan kitorang balik anak beranak naik Picanto pinjam ngan mak aku sebab Waja aku belum siap lagi. Aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1427H kepada semua umat Islam. Sempit siot naik Picanto, nak packing barang pun kene catu sebab takut tak muat. Sah2 balik nanti barang lagi banyak punya. Ma, abah, Era & adik E sumer balik KT. Aku tak kesah sangat balik KT sebab sekarang diorang sumer dok Shah Alam so selalu boleh jumpa. Nak balik KB sebab nak kemas rumah sana. Last sekali balik time raya puasa itu hari, sure berabuk teruk rumah tu takde orang jaga. Kat fotopages aku ada sket lagi pics masa kat KB.


    Takde benda menarik masa balik KB. Cuma aku pasti takkan miss makan nasi kukus Jaemah, sedap wooo.... Korang penah makan lokcing tak? Orang Kelate panggil lokcing, orang Ganu panggil sate ikang. Biasanya diorang jual lokcing ni naik gerai basikal tu. Bendanya macam sate gak tapi dibuat dari ikan & kuah dia ada yang manis & ada yang pedas. Cara dia masak pun macam masak sate. Aku suka yang garing2 sket. Rasanya macam keropok lekor, actually memang pun cuma dicucuk ngan lidi je macam sate. Murah je, satu cucuk cuma seposen. Tapi sekarang ni aku tengok dah berubah sket, diorang siap jual ngan sosej & udang sekali. Dulu ikan je, selalu aku beli bila balik dari sekolah diorang jual kat luar pintu pagar.


    On the way balik KL, kitorang lalu ikut KT sebab nak singgah rumah kat KT plak. Actually ada objektif lain. Aku nak ambik beg camera baru yang aku kirim ngan member aku kat Singapore. Dia memang keje kat sana & kebetulan cuti baru ni dia nak balik KT so aku kirim la. Aku beli Lowepro Offtrail II, beg camera jenis beltpack so senang nak access equipment especially masa outdoor shooting. Aku realize benda ni masa shooting drift itu hari la. Leceh nak tukar2 lense ngan beg Nikon aku tu. Cuma Nikon D50 aku kecik sket so tak fit kat compartment dalam tu tapi boleh la. Look tough, cool & practical... Kenapa aku kirim kat Singapore? Sebab sana jauh lebih murah. Aku dapat cuma S$52.50 lepas campur tax so dalam RM115 je. Kat sini aku jumpa paling murah pun RM220, ada yang cecah sampai RM300.


    Farra sekarang dah ada 4 batang gigi & will become 1 year very soon. Aku tengah plan nak organize birthday party dia la ni. Nanti confirm aku bagitau semua. Makin nakal sekarang ni & suka ajuk apa orang cakap. Jangan la korang mencarut depan dia nanti, kang tak pasal2 kene carut balik. Besok malam ada dinner Alumni UTP kat Permata, the first ever. Aku dah bayar RM80 nak pegi tapi Ija ngan Farra tak ikut sebab takut diorang boring, bukan aku saje tak nak bawak. Nanti aku upload pics kalau ada yang lawa.

    Bluedynno :: Bila nak tengok Buli Balik ni??...
    blogged by Bluedynno @ 11:38 PM | 



    Free shoutbox @ ShoutMix



    dynno(s) online
    Putrajaya, Malaysia

    The WeatherPixie

    eXTReMe Tracker


    Powered by Blogger


    Hits since 17 July 2005
    Free Web Counter
    Free Web Counter
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

    ShoutMix!











    Copyright © Bluedynno Multimedia