Name: Bluedynno
Location: Putrajaya, Malaysia

When passion works with skill, expect a masterpiece

Blogger
Bluedynno Multimedia
Bluedynno Fotopages
Dynnobot
Intelicom Resources
Prystine Percheron :: MCKK 9195
Intense Paintball
Lelong.com
SiteKreator


Blogroll Me!


Reality Distortion Field
Me 2011
Bluedynno reactivated!
Puas hati!
Kat Mesra Mall
Farra kat Tadika
Jalan2 Kuantan
Jaga kopitiam
Naik kuda
Farra and Fatin


  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • July 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • January 2008
  • February 2008
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • July 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • February 2009
  • November 2011
  • Current Posts

  • 05 Jul 07 :: Besday Acik
    10-11 Jul 07 :: Training @ KL
    14 Jul 07 :: Besday Era
    21 Jul 07 :: Anniversary Ma & Abah
    21 Jul 07 :: Besday Abe Sham
    21-22 Jul 07 :: Naza Bikers Charity Ride
    25 Jul 07 :: Besday Jue


    Tuesday, March 21, 2006
    Lahabau :: Sneak Preview

    Designed by Bluedynno Robotics in 3D Studio Max 7
    blogged by Bluedynno @ 7:26 AM | 

    Sunday, March 19, 2006

    Pertandingan Rekacipta & Inovasi Melaka 2006

    Dalam Mingguan Malaysia weekend lepas aku ada terbaca iklan macam kat atas tu. Terus terpikir dalam kepala otak menarik jugak kalau masuk. Hadiah pertama banyak tu. Dalam kepala aku takde mende lain terus nak design robot macam R2D2, yang memang dah lama aku plan cuma tak terimplemen je. Dia punya tema "sejenis alat permainan berkonsepkan negeri Melaka yang boleh bergerak dan berfungsi dengan menggabungkan ciri2 kejuruteraan elektrik, elektronik & mekanikal etc". Aku punya initial idea nak buat satu robot macam R2D2... ada screen LCD kat head dome dan yang bagi info pasal negeri Melaka. Robot tu boleh dikawal dengan voice command je. Kalau orang tak kacau, dia akan gerak sendiri around the place & boleh elak obstacle sebab akan dipasang dengan sonar sensor. Body robot tu aku plan nak guna tong sampah yang aku jumpa kat Carrefour.... memang cun sebab cover dia bentuk dome. Tinggi dalam 1 meter camtu. Processor dia aku akan guna satu PC tak pakai kat umah ni dengan teknologi Pentium III (nak beli baru mcm tak berbaloi plak). Connection between PC & external device mcm motor untuk tayar & sensors aku akan guna through parallel port... sama macam final year project aku. Software aku akan design nanti guna VB tapi tak banyak sebab aku boleh ambik model dari projek lama aku... modify sket2 je. So terpaksa la aku korek semula kertas kerja & projek lama aku dulu, nak carik semula code.

    Kali ni aku tak masuk sorang2, aku ajak sekali 2 orang budak plant aku as assistant. Sorang tu chargeman so dia aku tugaskan design & build power supply system untuk robot ni. Idea aku dah bagi kat dia & so far kitorang dah decide nak guna rechargeable battery with power inverter. Yang sorang lagi plak budak diploma elektronik UTM, so aku tugaskan dia buat PCB (printed circuit board) untuk parallel port interface & sonar sensor. Actually design robot ni combine design Dynnobot & final year projek aku. Cuma aku ada dengar budak2 dari institut kemahiran & Zulkifli Haron pun akan masuk. Diorang complete sumer teknologi ada. Aku ni teknologi dalam kepala & bilik kecik aku ni je. Tapi takpe.... aku nak try gak mana tahu ada rezeki kali ni.

    Codename projek ni LAHABAU cum nama untuk robot ni jugak. Pics takde lagi sebab masih dalam perbincangan. By 15th May aku kene submit brief design & kene siap sumer by 5th June. Nanti aku akan update lagi progress projek ni.

    Bluedynno :: Ada sesapa nak sponsor tak? Hehehe...
    blogged by Bluedynno @ 1:25 AM | 

    Friday, March 10, 2006

    Sin Thai Studio :: The House

    Got this link above from a forum. Really cool and spooky. Get there and explore. Don't forget to click on every clickable object as many time you like coz you never know what you expect. And do turn on your speaker for greater effect. The clip below is the one I got in my email. Don't know whether true or not but just take a look at it...



    Download this clip
    blogged by Bluedynno @ 12:52 AM | 

    Thursday, March 09, 2006

    Gapo Dio Pulok :: Episod 1 - Semput
    blogged by Bluedynno @ 12:52 AM | 

    Tuesday, March 07, 2006

    Blog facelift completed
    Ok tak template baru blog Bluedynno ni? Actually dah lama dah aku nak tukar design blog ni tapi tak berkesempatan. So semalam aku tak keje tiba2 dapat inspirasi & motivasi nak tukar design blog ni. This time around aku fully design the layout and graphics, kalau macam dulu aku modify dari template yang sedia ada. Kalau korang tengok code dia simple je, tak banyak CSS sebab aku develop from zero guna Macromedia Dreamweaver. Satu hari aku concentrate buat mende ni je. By evening, the main template dah siap tinggal nak spice up je. Aku buang some of the utilities yang tak guna & broken. Layout kali ni kemas sket la and blogging area pun lagi luas dari dulu. Ada 2 side menus on both sides so senang nak access, takyah nak scroll down sampai ke bawah. Menu sebelah kiri tu more on links and sebelah kanan for graphics and interaction. Warna biru masih dikekalkan sebagai identiti Bluedynno. Tu je for now, kalau ada apa2 please shout!!!

    Bluedynno :: Sayang pulak rasa nak jual Waja tu...
    blogged by Bluedynno @ 2:48 PM | 

    Thursday, March 02, 2006

    Mass Update
    Sorry people for coming to this blog but looking at the same old story. Actually, malas ada busy pun ada nak update blog ni. Banyak benda nak kene settle kat ofis sekarang ni. Hari ni pun aku tak berapa sihat... semalam siap muntah2 lagi (bukan pregnant tau). So now aku just nak update apa yang menarik a few weeks back....


    Putrajaya, 18 Feb - 15 Feb lepas genap umur Farra 1 tahun. So aku & Ija plan la organize special birthday parti untuk Farra walaupun dia still tatau apa2 lagi. Kitorang buat kat A&W Alamanda Putrajaya. Ramai jugak aku jemput termasuk kengkawan, ofismate & sedara mara. Event start dalam pukul 11 camtu & aku just ada sampai 12.30 je sebab pastu diorang akan open for public plak. Ramai orang datang, sampai tak sempat nak prepare makanan. Awal2 tu ok lagi, pastu bila dah datang serentak aku kelam kabut kejap. Tapi yang penting aku tengok Farra hepi all the time. Cuma aku nak mintak maaf kat sesapa yang datang kalau makanan tak cukup or tak menepati selera korang. Biasa la buat kat tempat camni, takleh nak bawak makanan sendiri lebih2 sangat. Nak bawak mee goreng ke nasi goreng ke diorang tak bagi. Terima kasih kepada semua yang datang & bagi hadiah kat Farra. Farra sekarang dah ada 4 gigi atas & 2 gigi bawah. Dia pun dah boleh bertatih sendiri tanpa dipegang cuba masih tak stabil. More pics at my Fotopage.


    Putrajaya, 18 Feb - Pada hari yang sama aku buat besday Farra kat Alamanda tu, pukul 2 petang ada Hot FM datang buat Yea Yeah Tour. Aku ada terdengar gak pasal ni dalam radio. So alang2 aku dah bawak camera, apa lagi terus aku ke depan stage shoot pics diorang. Percaya tak aku duduk depan sekali, kira stage tu aku boleh pegang la. Sumer DJ Hot FM ada termasuk artis jemputan iaitu Misha Omar, Hazami & Jac. First time aku dengar Jac nyanyi live, memang sedap suara dia. Memang patut jadik Malaysian Idol la, bukan macam yang menang baru ni, suara sangkut kat belakang gigi. Yang paling best time tu siapa lagi kalau bukan Fara Fauzana. Syok tengok telatah dia bercakap & mesra. Puas aku amik pics dia hari tu. Memang aku minat kat dia ni, cuma setakat ni Hot FM masih belum cukup hot as expected. More pics at my Fotopage.


    Putrajaya, 25 Feb - Aku & Joe (member MCKK aku) join Cyclefest Putrajaya. Joe ni baru beli basikal so dia ajak aku pegi cycling mana2 kalau free. Sekali tu aku nampak ad pasal Cyclefest ni kat paper so aku ajak la Joe masuk. Seminggu sebelum tu aku pegi training konon kat Putrajaya. Semput siot lama tak cycling. Bayangkan la sejak aku keje 4 tahun lepas aku tak penah sentuh pun basikal tu. Sentuh pun masa nak pindah rumah, letak basikal dalam stor. Nasib baik takde benda rosak lagi so aku just tune gear & pump tayar je. Untuk Cyclefest ni kitorang join acara MTB Mens Open 15km. Masa kat situ aku terserempak ngan Kak Ude & Am. Tanya diorang apesal datang, rupanya Jai (roomate aku kat UTP) join sekali. Dulu masa kat UTP, aku ngan Jai merata pegi cycling. Paling best North Quest, dari Tronoh - Kedah - Perlis - Penang - Tronoh. Itu dulu.... dulu 15km tu kacang je, sekarang ni 15km rasa nak pecah dada. Aku ingat orang biasa2 je masuk, tengok2 ada yang datang ngan team siap bawak lori tu. Down terus aku. Starting tu boleh la pecut kejap pastu dah start nak gelap mata. Takkan pitam kot, buat malu je. So aku cycle rilek2 je, menang tu jangan harap la cuma jangan last sudah. Ramai jugak yang berenti tak abiskan lap, tapi kitorang abiskan jugak demi maruah.... hahaha!!! More pics at my Fotopage.

    Tu je dulu setakat ni. Takde benda menarik lagi aku nak citer melainkan duit aku dah abis sebab banyak belanja bulan ni, bayar kereta... rumah.... Dah le minyak naik harga lagi. Pening-pening... Semoga Allah memurahkan rezeki aku & memudahkan kerja2 aku... amin!!!

    Bluedynno :: Waja aku dah dapat balik... sapa mau beli???
    blogged by Bluedynno @ 11:19 PM | 



    Free shoutbox @ ShoutMix



    dynno(s) online
    Putrajaya, Malaysia

    The WeatherPixie

    eXTReMe Tracker


    Powered by Blogger


    Hits since 17 July 2005
    Free Web Counter
    Free Web Counter
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

    ShoutMix!











    Copyright © Bluedynno Multimedia