Name: Bluedynno
Location: Putrajaya, Malaysia

When passion works with skill, expect a masterpiece

Blogger
Bluedynno Multimedia
Bluedynno Fotopages
Dynnobot
Intelicom Resources
Prystine Percheron :: MCKK 9195
Intense Paintball
Lelong.com
SiteKreator


Blogroll Me!


Farra's Birthday Invitation
Makan-makan @ Brunsfield Riverview
Lokcing...
Lepak @ Putrajaya Lake Club
R3 Street Shoot Out 5.5
TAA 6262 recovered!!!
Farra Series :: 11 months old
Zulhijjah 1426H
UIA Drift Challenge
Kereta Hilang!!!



05 Jul 07 :: Besday Acik
10-11 Jul 07 :: Training @ KL
14 Jul 07 :: Besday Era
21 Jul 07 :: Anniversary Ma & Abah
21 Jul 07 :: Besday Abe Sham
21-22 Jul 07 :: Naza Bikers Charity Ride
25 Jul 07 :: Besday Jue


Thursday, March 02, 2006
Mass Update
Sorry people for coming to this blog but looking at the same old story. Actually, malas ada busy pun ada nak update blog ni. Banyak benda nak kene settle kat ofis sekarang ni. Hari ni pun aku tak berapa sihat... semalam siap muntah2 lagi (bukan pregnant tau). So now aku just nak update apa yang menarik a few weeks back....


Putrajaya, 18 Feb - 15 Feb lepas genap umur Farra 1 tahun. So aku & Ija plan la organize special birthday parti untuk Farra walaupun dia still tatau apa2 lagi. Kitorang buat kat A&W Alamanda Putrajaya. Ramai jugak aku jemput termasuk kengkawan, ofismate & sedara mara. Event start dalam pukul 11 camtu & aku just ada sampai 12.30 je sebab pastu diorang akan open for public plak. Ramai orang datang, sampai tak sempat nak prepare makanan. Awal2 tu ok lagi, pastu bila dah datang serentak aku kelam kabut kejap. Tapi yang penting aku tengok Farra hepi all the time. Cuma aku nak mintak maaf kat sesapa yang datang kalau makanan tak cukup or tak menepati selera korang. Biasa la buat kat tempat camni, takleh nak bawak makanan sendiri lebih2 sangat. Nak bawak mee goreng ke nasi goreng ke diorang tak bagi. Terima kasih kepada semua yang datang & bagi hadiah kat Farra. Farra sekarang dah ada 4 gigi atas & 2 gigi bawah. Dia pun dah boleh bertatih sendiri tanpa dipegang cuba masih tak stabil. More pics at my Fotopage.


Putrajaya, 18 Feb - Pada hari yang sama aku buat besday Farra kat Alamanda tu, pukul 2 petang ada Hot FM datang buat Yea Yeah Tour. Aku ada terdengar gak pasal ni dalam radio. So alang2 aku dah bawak camera, apa lagi terus aku ke depan stage shoot pics diorang. Percaya tak aku duduk depan sekali, kira stage tu aku boleh pegang la. Sumer DJ Hot FM ada termasuk artis jemputan iaitu Misha Omar, Hazami & Jac. First time aku dengar Jac nyanyi live, memang sedap suara dia. Memang patut jadik Malaysian Idol la, bukan macam yang menang baru ni, suara sangkut kat belakang gigi. Yang paling best time tu siapa lagi kalau bukan Fara Fauzana. Syok tengok telatah dia bercakap & mesra. Puas aku amik pics dia hari tu. Memang aku minat kat dia ni, cuma setakat ni Hot FM masih belum cukup hot as expected. More pics at my Fotopage.


Putrajaya, 25 Feb - Aku & Joe (member MCKK aku) join Cyclefest Putrajaya. Joe ni baru beli basikal so dia ajak aku pegi cycling mana2 kalau free. Sekali tu aku nampak ad pasal Cyclefest ni kat paper so aku ajak la Joe masuk. Seminggu sebelum tu aku pegi training konon kat Putrajaya. Semput siot lama tak cycling. Bayangkan la sejak aku keje 4 tahun lepas aku tak penah sentuh pun basikal tu. Sentuh pun masa nak pindah rumah, letak basikal dalam stor. Nasib baik takde benda rosak lagi so aku just tune gear & pump tayar je. Untuk Cyclefest ni kitorang join acara MTB Mens Open 15km. Masa kat situ aku terserempak ngan Kak Ude & Am. Tanya diorang apesal datang, rupanya Jai (roomate aku kat UTP) join sekali. Dulu masa kat UTP, aku ngan Jai merata pegi cycling. Paling best North Quest, dari Tronoh - Kedah - Perlis - Penang - Tronoh. Itu dulu.... dulu 15km tu kacang je, sekarang ni 15km rasa nak pecah dada. Aku ingat orang biasa2 je masuk, tengok2 ada yang datang ngan team siap bawak lori tu. Down terus aku. Starting tu boleh la pecut kejap pastu dah start nak gelap mata. Takkan pitam kot, buat malu je. So aku cycle rilek2 je, menang tu jangan harap la cuma jangan last sudah. Ramai jugak yang berenti tak abiskan lap, tapi kitorang abiskan jugak demi maruah.... hahaha!!! More pics at my Fotopage.

Tu je dulu setakat ni. Takde benda menarik lagi aku nak citer melainkan duit aku dah abis sebab banyak belanja bulan ni, bayar kereta... rumah.... Dah le minyak naik harga lagi. Pening-pening... Semoga Allah memurahkan rezeki aku & memudahkan kerja2 aku... amin!!!

Bluedynno :: Waja aku dah dapat balik... sapa mau beli???
blogged by Bluedynno @ 11:19 PM | 



Free shoutbox @ ShoutMix



dynno(s) online
Putrajaya, Malaysia

The WeatherPixie

eXTReMe Tracker


Powered by Blogger


Hits since 17 July 2005
Free Web Counter
Free Web Counter
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

ShoutMix!











Copyright © Bluedynno Multimedia