Saturday, November 25, 2006
Yusoff & Sheila
Yusoff & Sheila
25 November 2006
Taman Melawati
blogged by Bluedynno @ 11:15 PM |
Tuesday, November 21, 2006
Latif & Latifah
Latif & Latifah
18 November 2006
Sungai Buloh
blogged by Bluedynno @ 11:05 PM |
Monday, November 20, 2006
Honda Plant Visit
18 Nov 06, hari yang aku ngan pemilik kereta Honda lain tunggu selama ni. Setelah berbulan2 planning akhirnya jadik jugak. Malaysian Jazz & Fit Friends Club (MyJFFC) ngan beberapa Honda Owner Club yang lain e.g. TOVA, Team City, HAVOC & Singapore Honda Club yang organize visit ke Honda Plant kat Melaka ni. Aku actually baru lagi join group ni lepas beli Jazz sebelum raya hari tu. Tengok ada trip terus pegi la sebab bukan senang nak pegi sana. Aku pegi ngan Anaz @ Chenko, dia ada Jazz gak tapi tinggal kat kampung. Pukul 4 pagi dah bangun sebab kol 5.30 dah kene kumpul kat Stadium Hoki Bukit Jalil. Sticker konvoi diorang kasi, cun... tampal kat cermin belakang. Lepas semua dah kumpul, kitorang pun gerak ke Melaka. Memang sempoy sebab Marshal car siap ngan bicken light & siren tahan kereta masa nak keluar simpang. Anaz drive sebab aku nak shoot gambo. Ada lebih kurang 170 buah kereta konvoi sekali.
Sampai kat Melaka, kitorang kumpul parking kereta kat A'Famosa. Lama jugak tunggu Honda staff prepare untuk registration. Kitorang pun sampai awal gak time tu. Sambil tu kitorang borak2 dulu, sebab ramai lagi tak kenal. Sebelum gerak ke plant, kitorang lunch dulu kat A'Famosa. Honda bagi sourviner macam2, ada cap, botol air, towel, pen & Asimo kecik. Disebabkan ramai orang, visit ni terpaksa dibahagikan kepada 8 groups. Plant Honda tu takde la besar sangat tapi semua buat kat situ. Kat kilang ni Honda manufacture drive shaft & eksport ke luar. Syiok tengok camana diorang buat kereta tapi sayang takleh ambik gambo langsung. Nanti akan keluar Honda Civic Mugen Concept Limited Edition, ada 90 buah je dalam Malaysia, harga RM140k. On the way balik kitorang konvoi gak tapi berenti rehat jap kat R&R Seremban, ramai yang ngantuk dah. Congrats & thanks to MyJFFC & other clubs committee sebab dapat buat trip ni dengan jayanya, bukan keje senang ni. Harap2 lepas ni ada lagi trip yang best2, pegi jauh sikit pun ok. Nak tengok gambo lagi boleh tengok kat
Bluedynno Fotopage.Bluedynno :: Konvoi pegi Phuket best gak ni...
blogged by Bluedynno @ 12:02 PM |
Monday, November 13, 2006
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Semalam aku dapat SMS dari Kutub. Berita sedih, tak sanggup aku baca, macam tak percaya. Kawan aku Mohd Najib a.k.a. Busan telah kembali ke rahmatullah pada 31 Oktober 2006 jam 3 petang. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Taman Kosas. Allahyarham Najib adalah salah seorang dari batch member aku kat MCKK dulu. Arwah ni budak Idris, terkenal dengan skill bolasepaknya tapi tak berpeluang nak wakil koleq. Masa form 1 aku satu kelab bola ngan dia dalam liga form 1 sampai la aku ditransfer ke kelab lain. Arwah jugak adalah salah seorang ahli Black Hole masa form 3. Kitorang ada 10 orang, main wrestling pensel kat dalam kelas. Siap ada t-shirt group ni. Form 5 punya la jaki sampai ada fitnah mengatakan kitorang conteng gambar budak form 5, nyaris tak kene pukul. Lepas keluar koleq aku takde jumpa arwah langsung. Cuma sekali je jumpa masa Futsal Tournament MCOBA 2005 kat Sports Planet, Ampang. Tu pun just borak2 gitu je, tak tau pun dia sakit. Memang sukar menerima hakikat namun takdir Ilahi, Mohd Najib pergi dahulu menemuiNya. Semoga roh beliau dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah.
Pada 10 November 2006 jam 6:37 petang, adik aku Jue telah selamat melahirkan seorang baby girl di Hospital Pakar Seremban. Aku tak sempat pegi hari Jumaat tu sebab keje so aku pegi hari Sabtu baru2 ni. Jue belum keluar hospital lagi. So ni anak sedara aku yang kedua, yang pertama abangnya nama Harith sekarang umur 2 tahun lebih. So bertambah lagi ahli keluarga aku, seronok mak bapak aku dapat cucu baru. Anak aku yang kedua?? Tunggu dulu la.... ada nanti baru bagitau. Aku pun tatau lagi apa nama baby Jue ni. Dah dapat sepasang dia, sorang laki sorang pompuan. Aku tak tido Seremban pun sebab kene balik, malam Sabtu tu ada gathering Raya 9195 kat KGSAAS. Nanti aku citer tapi pics dah ada kat
Bluedynno Fotopage.
Bluedynno :: Best jugak kalau dapat baby boy pasni...
blogged by Bluedynno @ 11:07 PM |
Wednesday, November 08, 2006
Bluedynno Returns
Lama.... memang lama.... aku rasa dekat 4 bulan lebih aku tak update blog aku ni. Nasib baik cyberspace kalau tak gerenti dah tumbuh lalang punye. Bukannya apa, Telekom la punye la susah nak sambung Streamyx kat rumah aku. Masa datang buat promo kat sini buat main sedap cakap bila register je dalam seminggu dah boleh online. Hampeh betul!!! Nasib baik aku tak register baru. Bila diorang call kata dah boleh online punya la aku bergegas pegi beli wireless router/modem konon nak hotspotskan rumah aku. Malas nak tarik cable panjang2 sebab line kat luar, pc kat dalam bilik. Bila connect je lampu ADSL tak berenti berkelip. Bila komplen diorang kata maybe port rosak pulak. Last2 lepas raya baru aku dapat online. Diorang tanya kenapa aku guna modem baru. Aku cakap modem lama blow kene kilat. Diorang kata kenapa tak tukar sebab package 77 aku ni modem lifetime warranty. Oooo kesah.... Aku pegi la tukar, dapat modem baru. Sebab dah ada 2 modem plak maka aku pun jual wireless modem/router tu then just beli wireless router je untuk sambung kat modem. So now, I'm back online and Insya Allah akan regularly update blog, check it out.
4 Nov baru ni company aku buat Majlis Hari raya kat Restoran Seri Melayu. Aku AJK lagi tahun ni, tahun lepas yang buat kat Pusat Latihan BSN Bangi tu. Patutnya aku handle pasal band performance tapi last minute CEO cancel band. Kenapa aku tak tau. So aku kene design banner and tolong orang beli hadiah untuk lucky draw and sukaneka. Shopping sakan aku, Jusoh & Aneeta kat Alamanda itu hari, abis kat 2 ribu gak. Tapi yang sedihnya masa majlis tu aku demam & sakit tekak. Takde selera langsung nak makan sebab sakit tekak nak telan. Just dapat makan laksa & nasi je sikit. Frust betul aku sebab makanan banyak & sedap2 plak tu. Punya la letih buat preparation dari bulan puasa lagi, alih2 tak dapat makan. Nasib la dapat lucky draw, terubat hati yang luka. Tapi yang tak bestnya kali ni sebab takde band, ramai budak2 bujang tak datang. Diorang ada provide lagu and tarian tradisional tapi buat apa. Tak puas hati betul aku tapi nak buat camana lagi dah CEO tak nak. Aku tau la kitorang perform bukan bagus sangat tapi just for the sake of nak enjoy and tengok member2 menyumbangkan lagu kat atas stage tu. Hopefully next year will be better.
Cuti sekolah ni dah ada 3 wedding jobs tapi 2 aku shoot untuk orang lain so dapat sikit je. Sesapa nak tengok sample & package yang aku offer boleh usha kat website rasmi
Bluedynno, nak detail boleh jumpa & discuss. Sesapa ada member or sedara nak kawen ke, besday party ke apa ke boleh la bagitau ek.
Bluedynno :: Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
blogged by Bluedynno @ 11:06 PM |