Name: Bluedynno
Location: Putrajaya, Malaysia

When passion works with skill, expect a masterpiece

Blogger
Bluedynno Multimedia
Bluedynno Fotopages
Dynnobot
Intelicom Resources
Prystine Percheron :: MCKK 9195
Intense Paintball
Lelong.com
SiteKreator


Blogroll Me!


Reality Distortion Field
Me 2011
Bluedynno reactivated!
Puas hati!
Kat Mesra Mall
Farra kat Tadika
Jalan2 Kuantan
Jaga kopitiam
Naik kuda
Farra and Fatin


  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • July 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • January 2008
  • February 2008
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • July 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • February 2009
  • November 2011
  • Current Posts

  • 05 Jul 07 :: Besday Acik
    10-11 Jul 07 :: Training @ KL
    14 Jul 07 :: Besday Era
    21 Jul 07 :: Anniversary Ma & Abah
    21 Jul 07 :: Besday Abe Sham
    21-22 Jul 07 :: Naza Bikers Charity Ride
    25 Jul 07 :: Besday Jue


    Thursday, November 29, 2007
    Nikah & Arwah
    Weekend baru ni aku pegi shoot wedding kat Branang. Aku penah pegi tempat ni dulu, masa tu abang si pengantin kawen. This time adik dia plak Liza kawen. Aku cover package 2 hari, hari Sabtu tukar2 baju & malam berinai, hari Ahad majlis bersanding. Kali ni Abg Man, staf kat UTP dulu follow sekali sebab dia nak belajar. Dia ni boleh dikatakan apprentice aku yang ketiga la. Yang sebelum ni ada yang dah bukak bisnes sendiri, aku tumpang bangga je la. Maybe lepas ni aku dah pindah Kerteh kurang sket job photog ni. This time around pun Kak Mimi, mak andam yang aku selalu work with, makeup pengantin. Aku suka dia ni sebab idea dia kreatif and makeup dia cun.... sekaligus mencantikkan gambo yang aku shoot. Letih memang letih sebab shoot 2 hari tapi berbaloi sebab dia amik package custom album.
    25hb Nov baru ni aku terima berita yang menyedihkan dari makcik aku. Nenek aku yang tinggal kat Puchong tu meninggal dunia lepas maghrib, sebab sakit tua. The day before tu dia dah nazak tapi masih boleh bertahan lagi. Tu la dia nenek aku yang last tinggal. Malam tu lepas balik shoot wedding aku terus gerak pegi Puchong. Ramai dah sedara mara aku ada time aku sampai. Aku cuba tolong apa yang patut. Esoknya bawak jenazah pegi mandi, kafan dan sembahyang kat UPM. Aku tengok all the process. Then sebelum zohor bawak jenazah pegi kebumi kat Hulu Langat, sama tempat ngan arwah atuk aku dulu. Time camni la baru dapat kumpul semua keluarga. Nenek aku ni sebelah mak aku, dia ada 13 orang anak sumer sekali. Memang seorang yang kuat semangat. Umur dia 74 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nenek aku dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Al-Fatihah.
    blogged by Bluedynno @ 6:18 PM | 

    Monday, November 19, 2007

    My First Awana Ride
    Sabtu baru ni Abg Shahid sms aku, "Jom besok kita pegi breakfast kat Awana nak?". Aku dengan mata yang bercahaya terus setuju sebab tak penah lagi join bikers lain naik Awana. Asyik dok tengok pics diorang je kat online forum. Teringin nak pegi tapi takde geng plak sebab depa sumer tu hardcore, layan koner sampai berapi-api, jenis tak sayang motor punya. Aku belum sampai tahap tu lagi la. Aku cakap kat Abg Shahid nak pegi boleh tapi layan koner slow2 la sambil amik angin.
    Aku meet up Abg Shahid kat depan Consist, Jalan Ulu Kelang. Kitorang gerak dari situ dalam pukul 8.30 pagi. Bawak rilek2 lalu ikut Ulu Yam, memang aku tak penah lalu jalan tu. Mula2 tu koner ok lagi. Makin tinggi koner makin tajam, memang best layan. Aku follow je belakang Abg Shahid sambil perhatikan jalan. Kitorang sampai kat Awana Genting lebih kurang pukul 9.05 camtu. Masa tu tak banyak bike sangat sebab diorang gerak lambat dari Mobil Selayang, meet up point diorang la tu. Masa tengah breakfast, baru la geng2 tu sampai. Dari bawah dah boleh dengar enjin diorang besit kat korner tu, memang mengancam abis. Seronok tengok big bikers gather ramai2 camni.
    Mula tu kitorang sebelum balik nak naik Bukit Tinggi dulu. Tapi ada orang sound kata polis ada buat block tahan bikers. Samy tu punya pasal la ni. Aku dok risaukan no plet aku je. Sebab takut kene saman, kitorang terus balik je ikut Karak. Tapi sampai kat R&R Gombak, polis plak tahan kat situ. Kalut gak aku, tapi aku konfiden lesen aku idup lagi. Polis tu cek lesen, sengih2 sket then dapat lepas. After that kitorang terus balik, lebih kurang pukul 11 aku dah sampai rumah. Insya Allah, next time boleh pegi lagi, tunggu Buloh dapat moto dia.
    blogged by Bluedynno @ 1:09 AM | 

    Tuesday, November 13, 2007

    Farra bertindik
    Baru ni aku bawak Farra pegi tindik telinga dia kat Warta, Bangi. Mulanya aku tak confident gak ingat dia takut. Sebab dia nak sangat pakai subang so rasa takut pun hilang kot. Staf kat kedai tu pandai, dia buat dua2 belah telinga serentak so that takde la kene buat 2 kali. Masa dia shoot tu, Farra terkejut sekejap tapi tak sakit sebab dah taruk alkohol, local anaestatic la tu. So now my princess dah ada ear ring. Besar dah nampak anak aku ni. Sedar2 nanti dah nak kawen kot... luv u, mmmuuaahhhsss!!!
    blogged by Bluedynno @ 1:53 AM | 

    Friday, November 09, 2007

    Labu Labi
    Labu Labi naik pocket bike.... muahaha!!!
    blogged by Bluedynno @ 10:31 AM | 

    Tuesday, November 06, 2007

    Ducati Desmosedici RR

    Cun tak moto ni? Bukan setakat cun lagi, rasa nak jilat tengok ha. Ni la dia Ducati Desmosedici RR, production bike on the road yang sama mcm Ducati MotoGP yang Stoner bawak tu, cuma taruk lampu, side mirror & signal. Lampu depan dia kecik je, lebih kurang macam Ducati 1098. Air intake sama macam GP style, kat depan tu. Fairing sumer carbon fibre, so body ringan kalau tak silap aku lebih kurang 148kg je. Korang search la spec dia, aku malas nak paste kat sini.
    Accessories sumer racing spec so kalau keluar kedai tu boleh terus bawak masuk trek.... kalau tak sayang duit la. Price tag.... hmmm... ni yang tak sedap sikit dengar ni. Believe it or not the price is around USD65k. Korang convert la sendiri ke RM then campur tax sekali. Aku tak berani nak kira sebab memang takkan mampu punye.
    Part ekor dia pun rasa macam nak jilat gak. Exhautst tail dia tersorok kat seat belakang. Be reminded that moto ni single seater so takleh nak bawak awek kat belakang, nama pun race replica kan, nak bawak awek buat hapa. Rasanya macam ada lampu kat tempat keluar exhaust tu so bila malam sapa follow kat belakang mesti terkedu tengok garang gile.
    Ni closer view exhaust tu. Lampu sumer LED, ikut style zaman sekarang. LED ni tahan lama sket, susah nak blow tapi kalau rosak mahal la nak kene tukar. Kalau tengok betul2 exhaust to blow ke atas sikit so sapa cucuk hangin memang tak tahan. Cuma aku tengok model baru 2008 moto lain sumer dah turunkan balik exhaust ke tepi, sebab undertail ni panas bontot sket. Tapi kalau single seat macam ni should be no problem.
    Panel meter dia sumer digital termasuk RPM sekali. Memang nampak kemas dan sporty. Multi display dia tu duduk kat tengah2 and cukup besar untuk tengok walaupun tengah merempit. Windshield depan tu standard bukan double bubble. Kalau tukar double bubble memang sebijik macam MotoGP edition.
    Signal depan ada dekat side mirror so fairing clean takde benda terjojol keluar. Mungkin ada yang nak tambah frame slider je la. Design tank pun sama macam MotoGP tak macam moto lain tank dia biasanya design berbeza sket. Ada dua design color, dua2 merah tapi satu ada big stripe kat fairing depan, satu lagi takde. Sticker replica MotoGP pun ada bagi sekali kalau nak make-up.
    Ni pic dari belakang, memang cun. Tayar standard Bridgestone, brake Brembo so takyah susah2 nak upgrade dah. Cuma harga je la tak tahan, terlampau mahal sangat. Sapa nak beli kene order sebab setakat ni Ducati belum buat mass production lagi. Rasanya belum sampai Malaysia lagi sebab Naza belum buat announcement pun. Aku dapat tahu pun bila baca Bike Trader baru2 ni. Sesapa yang ada duit tersepak tu boleh la. Aku guna la dulu CBR tu. Korang rasa cun tak kalau aku make-up CBR tu jadi Ducati Stoner? Hahaha... takyah la buat malu je. Apa2 pun Kudos to Ducati sebab jadik champion MotoGP 2007 and for producing this great bike!!!
    blogged by Bluedynno @ 12:05 PM | 

    Thursday, November 01, 2007

    Red Army Invasion

    Hari ni first day company aku start dalam aktiviti handover kepada pihak operator ketiga. 3 bulan akan datang aku akan sibuk bersama diorang bagi memastikan diorang ni cukup kompeten untuk operate kilang aku sekarang ni. Lepas tu, maybe by 1 Feb insya Allah aku akan transfer ke tempat kerja baru. Isnin lepas aku pegi interview untuk position supervisor kat platform. Ada rezeki dapat kot. Perasaan aku sekarang macam biasa je, tak sabar plak rasa nak abiskan 3 bulan ni. Cuma rasa stress sket la sebab aku kene lead handover taskforce and at the same time sibuk ngan daily work. Sekarang ni pun tengah pening nak buat karangan untuk PPA anak buah aku ni. Aku tengok red army ni semua bersemangat nak belajar. Aku harap diorang belajar cukup2 sementara operator lama ni masih ada so that takde masalah nanti. Hopefully everything will be ok termasuk proses handover yang lain sekali. To the red army welcome to my kilang and to my taskforce team members do your best and make us remembered.

    "Ad astra per aspera"
    blogged by Bluedynno @ 11:34 PM | 



    Free shoutbox @ ShoutMix



    dynno(s) online
    Putrajaya, Malaysia

    The WeatherPixie

    eXTReMe Tracker


    Powered by Blogger


    Hits since 17 July 2005
    Free Web Counter
    Free Web Counter
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

    ShoutMix!











    Copyright © Bluedynno Multimedia