Kali ni aku namakan Edisi Bosan sebab aku tak menda nak citer. Sekarang ni kat laut, naik tak sampai seminggu. Balik awal sebab ada training kat darat Isnin ni. 29hb nanti plak aku akan start naik 2 minggu. Mungkin akan terasa lama tapi aku akan cuba sibukkan diri supaya tak rasa bosan. Now ni aku blogging dari dalam bilik sebab tadi ada technician aku bagi access untuk wifi kat kuarters ni. Speed takde la laju sangat tapi ok la dari takde langsung. Cuma certain website still kene block by server.
Kalau korang perasan moto aku tu dah berwajah baru sket. Aku dah tukar windshield dari standard kepada type double bubble. Untuk jenis moto aku ni payah sket nak dapat kat local so kedai tu modify dari yang model lain punye. Cantik gak dia buat. Memang terasa perbezaannya especially during high speed sebab dia lebih aerodynamic. Then ingat nak taruk single seater tapi memandangkan harganya mahal sangat so tak jadi la. Aku just tukar rantai and sprocket je. Dekat seribu gak abis sumer sekali.
Baru ni pegi kat Jusco Balakong, aku ushar replica MotoGP yang ada jual situ. Ternampak la model Yamaha M1 2007 yang Rossi bawak, terus beli sebab cun. Aku dah ada yang Honda Repsol punya. Cari Ducati Stoner tapi takde, ada yang model lama je. Kalau jumpa nanti aku beli, saje nak buat collection, nak beli sendiri memang tak mampu dah.
Bulan ni bulan income tax, banyak siot kene. Nasib tahun lepas aku ada beli laptop so dapat la potong. Rasanya kene sikit je kot. Balik darat nanti nak settle sumer. Lesen dah mati. Road tax and insurance moto pun dah mati. Nak kene bayar lawyer untuk loan rumah lagi, entah apa benda lawyer tu buat ntah nak caj aku ribu2. Banyak nak guna duit ni nasib baik pegi laut bulan ni, ada la rezeki lebih sket. Ok la, wa ciao dulu!!! Nak pegi makan...