Hari ni aku baru hantar satu borang penyertaan J&J Baby of the Year 2005. Esok nak pegi beli bedak banyak2, nak ambik quality seal tu as bukti pembelian. Tadi pun shoot lagi gambo
Irdina tapi aku tak puas hati la ngan kualiti pics camera aku, background gelap semacam. Aku tengah usha camera baru ni,
Kodak DX6490, macam menarik, harga pun tak mahal sangat. Nak beli digital SLR tak mampu. Aku baca dah review sket2. Camera aku sekarang ni
Kodak DX3500, 2.2MP, lama dah aku beli kat
Lelong.com tahun 2002 dulu. Rasanya dah sampai masa tukar baru agaknya (alasan je ni).
Kali ni aku nak citer pasal essential softwares yang ada dalam PC aku. Aku sebut essential tu sebab softwares ni patut ada dalam PC or notebook aku bila baru lepas format. Yang lain tu mengarut je. Check this out:
- Microsoft Office XP :: untuk buat kerja2 rasmi
- Lotus SmartSuite :: untuk buat keje2 ofis
- Adobe Photoshop :: the best image editor ever
- Adobe Premiere :: the best video editor ever
- ACDSee :: the best image organizer ever
- Win Zip :: compression tool
- MS Frontpage :: HTML editor
- MS Visual Basic :: programming language
- Winamp :: dengar lagu la apa lagi
- wBloggar :: blogging tool
- Yahoo Messenger :: chatting & networking
- Nero Burner :: CD burning tool
- PowerDVD :: layan DVD la apa lagi
- Palm Desktop & HotSync :: sync with Tungsten T3 aku
- SwishMax :: Flash design tool
My studio workstationTadi
Effa tanya aku camana nak buat countdown kat blog. Aku google la & jumpa satu
Javascript ni. Pendek & senang nak guna. Just insertkan codenye, adjust mana yang patut & voila!! Yang penting modify target date & replace UTC tu dengan GMT kat tempat korang. Pastu tukar FinishMessage tu.
Oh, lupa nak citer satu lagi. Adik aku dah bukak satu lagi branch T'Lekor kat Giant Shah Alam. So sesapa yang dok dekat2 situ, kalau pegi Giant tu singgah2 la kat gerai adik aku tu. Setakat ni agak maju gak bisnes dia. Bisnes aku je tak berapa maju lagi ni. Esok aku ada nak buat demo software aku kat doktor di Meru, Klang. Hopefully dia berminat. Bukan senang nak senang.... bukan susah nak susah. Zaasssss....!!!