Wednesday, November 30, 2005
Raub Precamp
Semalam, 29 Nov 05, aku ngan bassist otai (Alam) pegi hantar balik barang band kat Raub. Malam sebelum tu diorang sempat jam dulu seround kat plant, sebelum barang hantar, kasik puas. Bila lagi dapat jam free. Aku tak pegi pun sebab dok layan DVD. Pukul 4 pagi baru sudah. Lebih kurang pukul 9 pagi kitorang berdua gerak dari Putrajaya. Alam dah siap load barang masuk Arena bila aku sampai. Pakai company car sebab urusan company. Nanti claim pulak duit tol. Minyak takpe sebab guna company card. Lebih kurang pukul 11 tiba kat Raub. Hantar barang kat tuan punya. Ada banyak lagi barang lain kat rumah dia tu. Siap boleh buat lighting and recording kalau nak. Pastu kitorang gerak pegi rumah Alam kat Hulu Dong, lunch kat situ. Lepas Zohor aku terlelap kejap sebab ngantuk sangat, keje malam punya hal.
Pukul 3 kitorang gerak pegi tempat yang kitorang plant nak camping on 16 - 18 Dec ni. Nama tempat tu Hutan Simpan Batu Talam. Kalau sesiapa yang biasa lalu jalan Sungai Koyan balik ke Kelantan, akan lalu kawasan ni. Ada la dalam 15km dari pekan Raub. Dari jalan besar masuk ikut signboard Naza Plantations. Lebih kurang 8km ke dalam akan jumpa kawasan rumah & pejabat estet kelapa sawit tu. Permukaan jalan memang adventure la, kalau bawak Ford Ranger best ni. Arena ada gegar sket la. Masuk lagi lepas kawasan estet tu baru akan jumpa signboard hutan simpan tu. Line handphone memang gagal. Kat situ dah ada air sungai tapi kurang menarik. Kene menapak lagi dalam sampai jumpa kawasan yang macam pulau. Kat situ la tempat camping, banyak ikan kat situ so diorang plan nak memancing nanti. Tapi time tu aku tak masuk sampai ke situ la sebab 2 orang je, lagipun kitorang tak prepare takut gak kalau jadik apa2. Insya allah, kalau hari baik cuaca baik kitorang akan sampai ke tempat camping pada tarikh yang aku sebutkan tadi. Nyamuk memang banyak sebab kawasan tu banyak buluh. Tak banyak pics aku shoot tapi masa aku tengah shoot sekor cakcibor ni, mata aku sudah kene shoot dengan penyegat. Sakit siot!!! Alam la kot terpijak sarang dia sebab sebelum tu takde pun. Nasib baik mata aku tak lebam, kalau tak susah pulak nak menjawab ngan mem besar nanti. Memang aku rindu suasana & bau hutan, last sekali aku camping masa kat UTP dulu, pastu gantung beg terus.
Hajatnya nak balik awal ke KL tapi Alam nak main bola pulak. Masa balik dari hutan tu aku lalu jalan ke pekan Raub tu. Rasanya rumah best buddy aku
Si Kadok tu kat area situ la. Aku pun terus call dia nak confirm sebab aku tak ingat, aku datang masa raya 2002. Segan pulak nak singgah sebab dia takde kat rumah. Tapi dia cakap adik dia Syamim ada kat rumah so aku ajak la dia keluar minum kat dataran. Pastu tengok Alam main bola kejap, masa tu dah start hujan lebat. Boring tengok bola aku ajak Syamim pegi rumah dia kejap sebab segan pulak rasa kalau tak jumpa mak bapak dia lagipun dia tahu aku datang Raub. Syamim ni bakal pilot Air Asia satu hari nanti sebab 18 Dec ni dia akan masuk flying school kat Melaka. Good luck and all the best Syamim!! Dah jadik pilot nanti jangan lupa ajak aku masuk cockpit ok!! Aku janji takkan jadik jakun kat dalam tu nanti. Lepas Alam main bola dalam lebih kurang pukul 7 kitorang gerak balik KL. Sampai rumah dalam pukul 9 lebih, letih tak ingat. Aku mandi, semayang, makan then terus zzzzzzzzzzzz...........
Bluedynno :: Aku baru beli album Mawi. Lagu duet ngan M Nasir, Jiwa Lagu Cinta tu best. Ada rezeki boleh perform nanti.
blogged by Bluedynno @ 11:10 PM |
Monday, November 28, 2005
GDC Aidilfitri & Deepavali Gathering 2005
Selepas 2 minggu prepare, 27 Nov 05 is the day. Actually aku dipilih jadik komiti untuk event gathering GDC ni. Aku kene jaga PA system. Tapi matlamat sebenar aku nak propose buat live band. Sekali propose je sudah dapat cuma budget ciput. Aku dapat RM200 je, sewa barang satu set memang tak lepas la. Cari punya cari, member aku dapat kautim ngan member dia kat Raub. Dapat pinjam drum set, bass & amp..... untuk seminggu just for RM200. 2 gitar guna personal punye, budak plant gak. Apa lagi, jamming tiap2 malam la aku ngan budak band, training untuk performance. Kitorang diperuntukkan 10 slot, selang seli ngan lucky draw. Lagu2 yang kitorang main:
1. Hati Emas - M Nasir
2. Mungkin Nanti - Peter Pan
3. Suratan Takdir - Gersang
4. Apo Nak Dikato - Blues Gang
5. Tak Mengapa - Nirwana
6. Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta - Flybaits
7. Rindu Bayangan - Carefree
8. Widuri - Broery Marantika
9. Ada Apa Denganmu - Peter Pan
10. Kamelia - Sweet Charity.
Event ni buat kat Pusat Latihan BSN, Bangi. Ramai jugak yang datang, cukup la untuk memeriahkan majlis. Makanan belambak.... ada nasik minyak, nasik putih, kurma daging, ayam masak merah, kari kambing, acar, lontong, lemang, laksa, rojak, ABC, cendol, satay Kajang Hj Samuri, air krim & kuih-muih raya. Lepas dah abis majlis, siap ada yang bungkus bawak balik.
Nama band aku "Concentrated Solution", takde makna apa pun cuma ambil sempena nama chemical dalam proses plant ni. The band members are Che Wah (Rhytm/Drum), Hisham (Drum/Vocal), Alam (Bass), Sazrie (Lead/Rhytm/Vocal), Wan Adrie (Lead/Rhytm), Acim (Vocal/Rhytm), Mazli (Lead/Vocal), Rizal (Vocal), Joe (Vocal) & Zainal (Vocal). Ramai2 ni takde la main serentak sumer sekali, terpaksa tukar2 ikut lagu yang sesuai. Aku main drum untuk lagu Gersang je. Overall aku puas hati la, dengan masa yang ada, takde la perfect main tapi aku puas sebab lama dah tak perform. Aku dah mintak buat live band dari last year lagi tapi organizer time tu bosan, tak sporting langsung. CEO siap cakap tadi, kalau GDC hidup lama lagi, dia akan bagi budget untuk beli barang band. Tapi aku rasa ni lah yang pertama & terakhir boleh buat band performance kat dalam GDC ni. Whatever it is, kudos to those yang involve dalam performance nie. Lain kali kita pegi jamming plak.
blogged by Bluedynno @ 1:35 AM |
Wednesday, November 23, 2005
Gigi Gugu Gaga
Nampak tak? Tu kecik je tu, kat belah bawah. Cuba tenung betul2..... ada, aku tak tipu. Kecik je kaler putih. Kalau tak nampak gak, click pic tu biar jadik besar sket. Haaaa... tu la gigi Farra yang aku cakap dah tumbuh satu tu. Baru satu tu je la takat ni. Nanti kalau ada lagi aku tunjukkan. Farra dah pandai berdiri sendiri tapi kene bergantung ngan benda lain la macam sofa, bakul baju, rak tv & orang. Baru belajar melangkah tapi kaki dia terjingkit-jingkit sebab tak biasa. Mode of movement dia sekarang is merangkak. Asyik merangkak je keje sekarang, kene monitor sket la. Farra pun suka mengajuk cakap orang. Kalau aku nyanyi "Angguk2 Geleng2" mesti dia terus gelengkan kepala dia, suka betul dia kat lagu tu.
Ahad lepas aku pegi beraya rumah nenek aku kat Hulu Langat. Mak aku buatkan nasik dagang Terengganu untuk nenek. Tua dah nenek aku ni, umur dia pun aku tak ingat berapa. Kaki dah tak kuat so naik kerusi roda. Tapi sekarang nampak sihat sket. Last time aku jumpa dia kat hospital masa dia operate kaki sebab jatuh. Kesian aku tengok. Ni je sorang nenek aku yang tinggal. Datuk aku dua2 belah mak & bapak aku tak sempat jumpa. Seronok aku tengok nenek suka jumpa cicit dia sebab dia tinggal kat rumah tu dengan makcik aku ngan anak dia sorang. Dulu ada maid Indon tapi budak tu lari pulok. So anak makcik aku ni la yang dok jaga dia sekarang. Sebak pulak rasa bila aku tulis pasal ni.
Takde mende aku nak citer pasal gambo kat atas ni. Aku ambik ni waktu pagi lepas aku balik keje malam. Aku lepak kat balkoni pastu nampak burung tu dok bertenggek kat atas tiang lampu depan rumah aku tu. So apalagi, bawak keluar D50 aku terus shoot sebelum dia blah. Burung spesis apa aku tatau tapi cantik sebab ada kaler biru & merah. Minggu ni aku sibuk organize gathering raya company aku. Nak buat 27hb ni kat BSN, Bangi. Aku kene take care PA system and organize live band. Barang sumer dah sewa & taruk kat plant. So tiap2 malam jamming praktis untuk performance nanti. Rasanya tak penah lagi jamming tiap2 malam camni. Free pulak tu, hehehe. Antara lagu yang nak perform nanti include Hati Emas (M Nasir), Kamelia (Sweet Charity), Apo Nak Dikato (Blues Gang) & Tak Mengapa (Nirwana). Ada 10 lagu nak kene prepare tapi maybe tak main semua sebab ada orang nak karaoke gak. Hopefully sumer ok nanti.
Bluedynno :: Macam tak sempat je nak abiskan puasa enam ni...
blogged by Bluedynno @ 1:29 PM |
Wednesday, November 16, 2005
Emak Bulan Syawal
Camera: Nikon D50
Lense: Zoom Nikkor AF 70-300mm f4-5.6G
Shutter speed: 1/50s
Aperture: f/22
Mode: Fully manual
Focal length: 300mm
Post Process: Adobe Photoshop CS2
blogged by Bluedynno @ 5:16 PM |
Sunday, November 13, 2005
Gitulah Raya
Sekali lagi maaf zahir batin sebab lama tak update blog ni. Macam aku dah cakap dulu balik kampung memang takde internet connection so takleh nak update. Balik sini je terus busy keje, takde mood nak update. Aku kene keje direct 12 hari lepas raya ni (6 siang & 6 malam). Tak sempat beraya ke mana lagi kat KL ni. Raya tahun ni macam biasa je. Raya pertama aku kat KB rumah Ija. Sempat raya ke rumah saudara terdekat je. Raya kedua kitorang ke Pasir Puteh, singgap kejap beraya kat rumah Misha Omar. Bapak dia, Abah Omar tu saksi aku masa kawen dulu. Sebelah rumah Misha tu pulak sebenarnya rumah Catriona Ross, baru tahu hari tu sebab dia buat open house tapi tak pegi pun. Lepas raya kat Pasir Puteh aku terus shoot ke KT, sampai lepas Maghrib, tak sempat raya ke mana pun.
Raya ketiga kat KT, pegi rumah sedara mara dulu gak pastu baru pegi umah kawan2. Badan aku dah start rasa macam nak demam & sakit tekak je plak. Farra pun sama tak sihat, selsema & batuk. Malam tu aku pegi klinik ambik ubat. Kesian Farra, tak ceria nampak sebab tak sihat. Malam tidur pun tak lena sebab hidung berair & batuk2. First time dia kene camtu. Sekarang nampak dah ok sket. Raya keempat aku pegi kenduri kawen staf aku kat KT ni. Ingat nak balik KB hari yang sama tapi tak sempat sebab pegi beraya lama sangat. At last aku balik KB on the 7th je.
Sampai KB terus pegi kenduri cousin Ija. Abang ngan adik kawen serentak so ada 2 married couple la hari tu. Aku tak opportunity untuk ambik pics for my first photofolio. Check it out
here. Dari tengahari sampai ke malam aku lepak situ ambik gambar, tak pegi raya ke mana pun. Aku tunjuk photofolio aku tu kat sorang mamat ni sebab dia carik assistant photog as part time basis. Dia ushar photofolio aku tu & setuju tapi nak jumpa dulu untuk discuss. Aku tak nak ada kontrak apa2 sebab ni part time je tapi yang penting aku dapat belajar.
Gitulah raya aku tahun ni, takde apa yang menarik sangat. Sekarang ni tengah boring keje, malas rasa sebab dah cuti lama sangat. Tahun depan giliran aku keje pulak time raya, kalau company aku exist lagi la. Sekali lagi mohon ampun maaf zahir & batin kalau ada salah silap, mintak halal makan minum.
Bluedynno :: tengah pikir nak beli lense 50mm ke speedlight
blogged by Bluedynno @ 2:49 PM |