Name: Bluedynno
Location: Putrajaya, Malaysia

When passion works with skill, expect a masterpiece

Blogger
Bluedynno Multimedia
Bluedynno Fotopages
Dynnobot
Intelicom Resources
Prystine Percheron :: MCKK 9195
Intense Paintball
Lelong.com
SiteKreator


Blogroll Me!


Reality Distortion Field
Me 2011
Bluedynno reactivated!
Puas hati!
Kat Mesra Mall
Farra kat Tadika
Jalan2 Kuantan
Jaga kopitiam
Naik kuda
Farra and Fatin


  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • July 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • January 2008
  • February 2008
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • July 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • February 2009
  • November 2011
  • Current Posts

  • 05 Jul 07 :: Besday Acik
    10-11 Jul 07 :: Training @ KL
    14 Jul 07 :: Besday Era
    21 Jul 07 :: Anniversary Ma & Abah
    21 Jul 07 :: Besday Abe Sham
    21-22 Jul 07 :: Naza Bikers Charity Ride
    25 Jul 07 :: Besday Jue


    Saturday, December 31, 2005
    Trip to Melaka & Cameron Highland

    28 Dec 05 yang lepas, masa aku bosan2 dok rumah, Ija ajak pegi jenjalan ke Melaka. Pagi2 lagi aku settlekan bill & apa2 bayaran yang patut, online je sebab malas nak pegi bank. Cuma aku bengang apesal ntah Streamyx rumah aku ni lembab nak mampus, ngalahkan dial-up. Aku dah komplen kat TM Net tapi sampai sekarang takde action lagi. Ni yang aku malas bayar bill ni... Ija call member kitorang, Norida Kasim, ajak balik sekali sebab dia orang Melaka, senang sket ajak jenjalan. Rumah dia kat Sungai Udang, dekat gile ngan Petronas Penapisan Melaka (PPM) jalan kaki boleh sampai. Ni program mengejut & balik hari so time tak banyak. Lepas lunch lepak kejap pastu pegi jenjalan kat Bandaraya Melaka. Hari hujan, sempat lepak kejap je kat Kota A Famosa. Kureng seronok, nak ambik gambo pun tak sempat. At last beli laksa then makan kat rumah. Malam lepas maghrib baru balik KL.


    Esoknya, 29 Dec, buat gile pegi Cameron Highland pulak. Kebetulan memang aku tak keje, boleh la overnight kat sana. Kali ni bawak family la pulak sebab itu hari dah pegi ngan member. Orang tak ramai kali ni so hotel rate pun murah. Budget hotel aku dapat RM65 untuk 1 double bed & 1 single bed kat Tanah Rata. Kalau time aku pegi hari tu about 3 times mahal sebab peak rate. Kali ni sebab dah tau so aku plan betul2 nak pegi mana, pegi tempat yang menarik je.

    Hari ni aku keje tapi malam ni aku ambik flight pegi Penang plak, Isnin baru balik. Family aku ngan parents aku dah drive dulu ke sana siang ni. Aku sampai malam karang. Celebrate new year kat Penang la tahun ni. Penang aku lepak rumah adik aku. Memang tak rehat lagi sejak aku balik camping itu hari. Blog & fotopage aku penuh ngan pics pegi jenjalan je nanti.

    Apa azam tahun baru korang? Aku tiap2 tahun tak pernah ada azam. Member aku Norazam Aziz tu pun dah lama aku tak jumpa, ntah kat mana dia sekarang. Saye berazang nok kije rajing, kupul duit banyok nok gi mekoh.

    Bluedynno :: Selamat Tahun Baru 2006!!!
    blogged by Bluedynno @ 5:09 PM | 

    Tuesday, December 27, 2005

    Camping @ Raub

    The photo speaks for itself. View them all in my Fotopages.
    blogged by Bluedynno @ 8:10 PM | 

    Wednesday, December 21, 2005

    Giginya ada dua...

    Burung kakak tua,
    Hinggap di jendela,
    Farra sudah besar,
    Giginya ada dua...
    blogged by Bluedynno @ 7:08 PM | 

    Monday, December 19, 2005

    Naza, Iswara dan mereka...
    Pada 17/12/2005 lebih kurang pukul 3:00PM, saya sedang memandu motokar dari Shah Alam ke Gombak. Tiba di Jalan Lingkaran Tengah berhampiran Bandar Tasik Selatan, saya terpaksa memberhentikan kenderaan saya kerana kesesakan lalulintas. Tiba-tiba sebuah kereta Proton Iswara yang datang dari arah belakang telah melangkah kereta saya. Di dalam kemalangan tersebut saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Kerosakan pada kereta saya ialah bumper belakang kemek, lampu brek ketiga pecah, soket lampu belakang terkeluar, pintu belakang kemek dan kerosakan lain yang masih belum diketahui lagi.

    Ini kereta bapa saya

    Ini kereta mereka

    Dan ini mereka...


    Bluedynno :: Nasib baik la takde sesapa injured...
    blogged by Bluedynno @ 1:03 AM | 

    Friday, December 16, 2005

    Farra Series :: 10 Months Old
    blogged by Bluedynno @ 9:00 PM | 

    Thursday, December 15, 2005

    Petronas Educamp 2005

    8-12 Dec baru ni aku pegi Educamp kat UTP jadik facilitator. Lama dah aku tak involve ngan benda2 camni. So dapat peluang kali ni aku pegi la, jauhkan diri kejap dari suasana plant. 7 Dec aku ngan Jusoh gerak ke Ipoh, diorang booking bilik kat Hotel Excelsior. Sebelum check-in aku call hotel tu tanya bilik ada internet tak. Katanya ada so aku bawak la laptop. Sampai hotel aku tanya rate internet camana diorang cakap ikut local call. Aku pelik gak, rupanya guna dial-up.... hampeh betul. Sebab tu la aku tak dapat nak update blog. Memang mati kutu la kalau lepak bilik. Kitorang ada Training of Trainers (TOT) dulu baru start Educamp. 1st night layan citer Pontianak Harum Sundal Malam 2 ngan Jusoh kat Kinta City. Pegi naik cab, balik cab dah takde. Buat gila menapak tapi tak larat. Last2 si Jusoh tanya satu brader bawak Pajero mintak tolong hantar. Nasib baik dia ok, tapi kasik la 5 ringgit duit kopi. Pastu pekena char kuey teow. 2nd night Jusoh takde sebab kene balik KL emergency. Aku layan citer Chronicles of Narnia sorang2 kat Ipoh Parade. More pics at my Fotopages.


    Masa kat sana, ingat nak pegi masuk Kellie's Castle. Tapi sampai sana petang tu, tengok dah tutup. So ambik gambo kat luar je la. Maybe dah tutup sebab dah petang sangat kot. Kitorang singgah lepas abis training on the way balik Ipoh. Best Educamp ni sebab dapat share experience ngan students. Diorang ni actually datang untuk interview nak masuk UTP and oversea under Petronas sponsor. Panggilnya dalam 1300 orang tapi nak ambik cuma 600 je. Buat Educamp ni so that diorang takkan rasa pressure masa interview nanti sebab bukan interview biasa. Diorang kene banyak communicate and express themselves. Kalau dok diam je memang gagal la gamaknya. More pics at my Fotopages.


    10hb takde apa aktiviti sangat & esoknya Educamp start belah petang. So aku, Jusoh & Kak Aneeta pegi naik Cameron Highland. Kitorang gerak lepas Maghrib, naik ikut Simpang Pulai. Diorang cakap dari Ipoh cuma 45 minit je tapi dekat 2 jam gak baru sampai. Sampai sana hotel penuh pulak sebab weekend cuti sekolah. Masa tu dah pukul 11 malam, ingat nak lepak masjid je, takkan nak turun balik kot. Then tanya uncle jual buah tu dia kata ada bilik kosong tapi kat Habu, ke depan sket. Sewa RM150, takleh kautim dah. Desperate punye pasal angkut je la, just nak tumpang tido je. Esoknya naik Gunung Brinchang. First time naik gunung sampai puncak dengan kereta. Pastu singgah ladang teh plak, layan teh seteko sambil ambik gambo. Tak boleh lama sangat kat satu2 tempat sebab nak kene turun awal, Educamp start pukul 2 petang. Agak rushing jugak la, tak puas pegi kali ni, kene plan pegi lain kali plak. More pics at my Fotopages.


    2nd day Educamp abis awal. Lepas lunch sumer dah start balik. On the way balik KL, kitorang singgah kat Lata Kinjang pulak. Ni 2nd time aku pegi. Last time aku cycling dari UTP ngan bebudak Kembara. Aku ngan Jusoh mandi puas2, Kak Aneeta tukang ambik gambo. Seronok siot sebab lama tak mandi air terjun. Lepas tu singgah R&R Tapah beli buah sebelum proceed balik KL. Yang aku cakap nak pegi camping kat Raub on 16-18 Dec tu tak jadik sebab takde guider. Ditunda ke 24-26 Dec ni, kalau takde aral la. Insya Allah jadik la kali ni... More pics at my Fotopages.


    Untuk tahun 2006, aku dah buat satu special calendar. Calendar DIY aku taruk pics Farra sumer. Mula2 aku buat frame sendiri guna hardboard tapi tumbang sebab gam tak kuat. At last masa kat Ipoh Parade aku jumpa satu frame+album yang cun. So sekarang ni guna yang tu la, ada kat atas meja ofis. Sapa nak buat jugak boleh la kontek aku.

    Bluedynno :: Happy Birthday 9195. Long live XXth Thoroughbred!!
    blogged by Bluedynno @ 2:20 AM | 



    Free shoutbox @ ShoutMix



    dynno(s) online
    Putrajaya, Malaysia

    The WeatherPixie

    eXTReMe Tracker


    Powered by Blogger


    Hits since 17 July 2005
    Free Web Counter
    Free Web Counter
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

    ShoutMix!











    Copyright © Bluedynno Multimedia