8-12 Dec baru ni aku pegi Educamp kat UTP jadik facilitator. Lama dah aku tak involve ngan benda2 camni. So dapat peluang kali ni aku pegi la, jauhkan diri kejap dari suasana plant. 7 Dec aku ngan Jusoh gerak ke Ipoh, diorang booking bilik kat Hotel Excelsior. Sebelum check-in aku call hotel tu tanya bilik ada internet tak. Katanya ada so aku bawak la laptop. Sampai hotel aku tanya rate internet camana diorang cakap ikut local call. Aku pelik gak, rupanya guna dial-up.... hampeh betul. Sebab tu la aku tak dapat nak update blog. Memang mati kutu la kalau lepak bilik. Kitorang ada Training of Trainers (TOT) dulu baru start Educamp. 1st night layan citer Pontianak Harum Sundal Malam 2 ngan Jusoh kat Kinta City. Pegi naik cab, balik cab dah takde. Buat gila menapak tapi tak larat. Last2 si Jusoh tanya satu brader bawak Pajero mintak tolong hantar. Nasib baik dia ok, tapi kasik la 5 ringgit duit kopi. Pastu pekena char kuey teow. 2nd night Jusoh takde sebab kene balik KL emergency. Aku layan citer Chronicles of Narnia sorang2 kat Ipoh Parade. More pics at my
Fotopages.
Masa kat sana, ingat nak pegi masuk Kellie's Castle. Tapi sampai sana petang tu, tengok dah tutup. So ambik gambo kat luar je la. Maybe dah tutup sebab dah petang sangat kot. Kitorang singgah lepas abis training on the way balik Ipoh. Best Educamp ni sebab dapat share experience ngan students. Diorang ni actually datang untuk interview nak masuk UTP and oversea under Petronas sponsor. Panggilnya dalam 1300 orang tapi nak ambik cuma 600 je. Buat Educamp ni so that diorang takkan rasa pressure masa interview nanti sebab bukan interview biasa. Diorang kene banyak communicate and express themselves. Kalau dok diam je memang gagal la gamaknya. More pics at my
Fotopages.
10hb takde apa aktiviti sangat & esoknya Educamp start belah petang. So aku, Jusoh & Kak Aneeta pegi naik Cameron Highland. Kitorang gerak lepas Maghrib, naik ikut Simpang Pulai. Diorang cakap dari Ipoh cuma 45 minit je tapi dekat 2 jam gak baru sampai. Sampai sana hotel penuh pulak sebab weekend cuti sekolah. Masa tu dah pukul 11 malam, ingat nak lepak masjid je, takkan nak turun balik kot. Then tanya uncle jual buah tu dia kata ada bilik kosong tapi kat Habu, ke depan sket. Sewa RM150, takleh kautim dah. Desperate punye pasal angkut je la, just nak tumpang tido je. Esoknya naik Gunung Brinchang. First time naik gunung sampai puncak dengan kereta. Pastu singgah ladang teh plak, layan teh seteko sambil ambik gambo. Tak boleh lama sangat kat satu2 tempat sebab nak kene turun awal, Educamp start pukul 2 petang. Agak rushing jugak la, tak puas pegi kali ni, kene plan pegi lain kali plak. More pics at my
Fotopages.
2nd day Educamp abis awal. Lepas lunch sumer dah start balik. On the way balik KL, kitorang singgah kat Lata Kinjang pulak. Ni 2nd time aku pegi. Last time aku cycling dari UTP ngan bebudak Kembara. Aku ngan Jusoh mandi puas2, Kak Aneeta tukang ambik gambo. Seronok siot sebab lama tak mandi air terjun. Lepas tu singgah R&R Tapah beli buah sebelum proceed balik KL. Yang aku cakap nak pegi camping kat Raub on 16-18 Dec tu tak jadik sebab takde guider. Ditunda ke 24-26 Dec ni, kalau takde aral la. Insya Allah jadik la kali ni... More pics at my
Fotopages.
Untuk tahun 2006, aku dah buat satu special calendar. Calendar DIY aku taruk pics Farra sumer. Mula2 aku buat frame sendiri guna hardboard tapi tumbang sebab gam tak kuat. At last masa kat Ipoh Parade aku jumpa satu frame+album yang cun. So sekarang ni guna yang tu la, ada kat atas meja ofis. Sapa nak buat jugak boleh la
kontek aku.
Bluedynno :: Happy Birthday 9195. Long live XXth Thoroughbred!!