Name: Bluedynno
Location: Putrajaya, Malaysia

When passion works with skill, expect a masterpiece

Blogger
Bluedynno Multimedia
Bluedynno Fotopages
Dynnobot
Intelicom Resources
Prystine Percheron :: MCKK 9195
Intense Paintball
Lelong.com
SiteKreator


Blogroll Me!


Changsha :: 1 & 2 Oct 05
Changsha :: 29 & 30 Sept 05
Changsha :: 27 & 28 Sept 05
KLIA --> Guangzhou --> Changsha
Memory at Old Trafford
Zhong guo, wo lai la...
Tatau nak tulis apa...
What I was like
ThinkGeek!
Bahtera Merdeka



05 Jul 07 :: Besday Acik
10-11 Jul 07 :: Training @ KL
14 Jul 07 :: Besday Era
21 Jul 07 :: Anniversary Ma & Abah
21 Jul 07 :: Besday Abe Sham
21-22 Jul 07 :: Naza Bikers Charity Ride
25 Jul 07 :: Besday Jue


Monday, October 10, 2005
Changsha :: The End
Aku dah start keje semula hari ni lepas hampir 2 minggu kat China. Aku tak sempat update lepas weekend itu hari sebab takde mende nak citer. Starting from Monday, 3 Oct kitorang busy buat testing kat platform sana. Objektif aku nak beli DVD murah tercapai jugak. Dapat 6 yuan sekeping, aku beli 24 keping, hampir semua citer baru2 belaka. Puas hati la. Start puasa tak bagi aku apa2 makna sangat kat sini sebab takde feeling. Sumer macam tak puasa je. Cuma aku sahur dengan maggi, roti & hot chocolate je. Bukak puasa pulak sempat teguk air kosong je sebab lepas tu pegi dinner ngan diorang kat luar. Imsak lebih kurang 5 pagi, 6.10 petang dah berbuka. Start Isnin cuaca bertukar dari panas ke sejuk dan berangin. Tak tahan aku, hidung dah start berair dan bersin. Hampir2 nak demam, nasib baik aku mintak ubat. Ntah apa ubat diorang bagi aku belasah je. Ada 2 jenis, satu kaler putih, satu lagi kaler hitam. Yang hitam tu kuat sket so diorang suruh ambik waktu malam je sebab takut ngantuk.


Rabu all testing completed, sumer data sudah dikumpul. Khamis closing meeting ngan diorang tapi ada certain documents yang diorang takleh submit lagi. So Jumaat kene datang lagi for the last time to collect all the documents. So aku ambik kesempatan lepak2 kat kilang tu sambil ambik gambar untuk kenangan. Entah bila lagi aku dapat sampai sini sebab tahun depan maybe aku dah akan tukar keje.


Hari Jumaat aku sempat pegi keluar ke town for last minute tour. Pegi ke Park of Heroes kat tengah2 bandar di mana pejuang masa zaman Jepun dikebumikan di situ. Cantik tempat tu sebab bukan setakat ada memorial tu je tapi siap ngan tasik and theme park. Lepak sana sampai dekat2 nak bukak puasa. Then pegi bukak kat restoran muslim lagi for the last time. Malamnya terus pack barang sebab tak sabar2 nak balik dah.


8 Oct jam 6.30 pagi aku dah turun check-out. Driver from the company jemput kitorang untuk pegi airport. Our flight was from Changsha to Guangzhou at 8.10 pagi. Then kene transit to Malaysia with flight at 3.15 petang. Lama jugak la melangut kat Baiyun Airport tu. Balik kali ni dapat naik Business Class gak tapi Boeing 747-400P, bukan Airbus. Masa check-in mintak duduk kat upper-deck, dapat pulak tu, seronoknya sebab tak penah dok sana. The coach was great, kerusi dia siap boleh baring, macam iklan tv tu la. Kat personal interactive screen tu aku pilih tengok citer Herbie Fully Loaded sebab belum tengok lagi & tak jumpa DVD dia kat sana. Selepas 3 jam lebih aku dah nampak darat Malaysia, tak sabar rasa nak touchdown. Masuk terminal aku shopping cokelat and rokok. Kat area duty free tu boleh dapat rokok sekartun Dunhill RM40 je, member kirim sebab rokok dah naik harga kan.


Hari Ahad aku cuti sehari lagi sebab nak spend time with my family. Aku pegi bukak puasa kat rumah parents aku kat Shah Alam. Nikmatnya dapat bukak puasa makan makanan Malaysia. Hari ni start keje malas gila rasa, nasib baik boss takde so rileks la sket. Aku pun tak sempat lagi update dia pasal apa yang aku buat kat China. Tahun aku dapat raya... yuhuuu!!! Selamat berpuasa semua...

blogged by Bluedynno @ 4:57 PM | 



Free shoutbox @ ShoutMix



dynno(s) online
Putrajaya, Malaysia

The WeatherPixie

eXTReMe Tracker


Powered by Blogger


Hits since 17 July 2005
Free Web Counter
Free Web Counter
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

ShoutMix!











Copyright © Bluedynno Multimedia