1 Oct 05 - Weekend, takde meeting hari ni so aku plan nak keluar pegi jalan2 dengan member aku. Yang tak bestnya tak tahu nak pegi mana sebab takde tour guide. Aku main redah je keluar, tengok arah mana yang ramai orang ramai jalan kaki. Nak naik cab tak tahu nak suruh drebar tu pegi ke mana sebab memang takde arah tujuan. Aku jalan je sampai aku tiba kat Changsha Railway Station. Ramai orang lepak situ sebab kebetulan cuti. Takde beli apa pun sebab takde yang berkenan. Perut lapar tapi tahu nak makan apa. Last2 sebab tak tahan sangat aku belasah je makan fillet-o-fish kat McD. Tu je la yang boleh harap pun.
Masa tengah lepak kat railway station tu, aku nampak ada sorang orang tua ni tengah selongkar tong sampah. Then dia keluarkan satu tin Coke. Tengok isi ada lagi & dengan rileknya dia teguk. Kesian gak aku tengok. Bila dah abis dia campak tin tu then kemekkan, nak recycle rupenye. Aku terpikir gak, kalau aku bagi dia air baru mau dia tuang je air tu pastu ambik tin kosong. Kat sini Coke dia panggil ker-ler. Then datang sorang lagi ambik botol mineral, tuang air & ambik botol je. Aku garu kepala......
Pastu aku jalan2 lagi, naik satu jejantas. Jejantas tu ada banyak simpang kat atas so senang nak cross ke mana2. Tapi ramai gak yang cross kat bawah je. Kat atas tu ada sorang orang cacat tengah main seksofon, macam Kasim Selamat. Suasana kat sini macam kat stesen bas Pudu. Kesian gak aku tengok, bagi la dia derma sket. Pastu aku nampak 2 orang polis macam nak halau dia. Dia buat muka seposen je pastu sambung main seksofon balik. Kesian....
Hari ni perut aku tak jamah nasik langsung, seksa siut. Lunch and dinner aku belasah makan Maggi asam laksa je. Ada ke patut room service tu pegi buang bekas aku yang bawak untuk masak maggi. Dia ingat bekas disposable kot. Last2 aku terpaksa guna bekas tempat letak ais untuk botol champange tu untuk masak maggi. Lantak la, kalau diorang marah aku cakap la apesal pegi pandai2 buang bekas aku!!
Malam takde aktiviti, aku layan tengok movie kat bilik & game MU vs Fulham. Bosan gile.... tak sabar nak balik ni!! Aku nak makan nasik lemak....
2 Oct 05 - Weekend, takde hasil gak. Aku bangun pukul 12 tengahari. Perut dah lapar gile sebab tak masuk nasik lagi. Call member aku ajak pegi carik restoran muslim. Nasib baik aku ada bawak balik tisu kedai tu masa pegi itu hari. Kat tisu tu ada tulis nama kedai siap ngan peta sekali. So tunjuk je kat drebar teksi then terus dia bawak ke sana. Aku order nasik goreng & lamb bbq yang macam sate tu. Puas hati & kenyang hari ni. Termakbul jugak nafsu perut aku akhirnya.
Lepas makan ambik cab pegi ke Walker Street. Tempat ni macam Petaling Street or Jalan Tuanku Abdul Rahman kalau kat Malaysia. Ramai gila orang datang sini, nak gerak pun susah. Diorang ada pesan kalau datang sini kene jaga2 sket wallet, handphone or other valuable stuff sebab banyak pickpockets. Boleh dikatakan barang2 kat sini agak murah tapi aku nak carik sourvernir macam baju or something yang ada tulis Changsha or China. Masalahnya aku tak jumpa benda2 camtu kat sini. Kalau setakat Adidas or Nike tu kat Malaysia pun boleh beli. Aku nak something yang memorable.
Pastu aku naik tut-tut pegi Carrefour. Beli jus oren, roti & bekas masak maggi baru untuk sahur nanti. Tu je la lauk sahur aku kat sini... sedih siut. Tak sabar rasa nak balik ni. Aku rindu kat family aku and nak makan sedap2 kat rumah. Dari Carrefour tu naik tut-tut lagi pegi ke railway station sebab diorang bagitau kat situ boleh dapat DVD murah. Sampai sana dalam lebih kurang pukul 7.30 malam. Tengok2 kedai dah tutup, hampeh betul. Gagal lagi misi aku hari ni. Entah bila lagi dapat pegi sebab esok dah start meeting balik. Maybe Jumaat aku akan fly back, tu pun based on result testing tu nanti.
Tadi aku beli rokok Marlboro 20, murah je 10 yuan dalam 5 ringgit la. Haram tak sedap, nyesal beli, rasa dia muak sket. Masa kat kedai tadi ada sorang tu offer aku rokok local sini, best jugak. Aku tanya harga.... 38 yuan sekotak. Bapak mahal!!! Nak balik nanti boleh beli la kot. Malam tadi member aku ajak pegi dinner kat restoran muslim. Sampai je apa pun dah takde sebab dah lewat. Aku mintak curry fan (nasi goreng kari) abis, mian-tiao (mee) pun abis. Yang ada cuma roti, lamb bbq & yarng tarng (lamb soup) je... belasah je la sebab perut dah lapar. Lepas makan terus balik bilik tido. Esok kene bangun awal.... bukan macam pagi tadi.