Hmmm.. lama gak aku tak update blog ni. Nak tau apesal? Sebab aku sibuk sket, siapkan website untuk satu company kat Ireland.
Putra Venture Ltd actually company member aku based kat Ireland. Main business diorang is buat shipping and forwarding from Ireland to Malaysia, door to door. Aku ambik masa about seminggu nak siapkan website ni, nasib baik guna template, kalau custom design tobat tak siap lagi. Pastu member aku Tongue suruh revamp blog dia pulak. Aku nak siapkan official website
Bluedynno pun tak sempat. Malam ni aku take the chance to write something since lama dah tak update, tulis je la apa yang terlintas kat kepala hotak ni.
Jumaat lepas masa aku round-round Carrefour ngan Ija, aku terserempak ngan
Ariesha and her hubby. Sempat la borak2 panjang gak sebab lama tak jumpa, jumpa online banyak kali la. Aku pegi tu sebab nak beli walker untuk Farra. Jumpa satu yang agak murah so angkut la. Dapat Fun Coupon Carrefour 4 keping, try luck just dapat hadiah misteri keychain Batman je, belasah je la.
Hari Sabtu lepas aku ada tournament Futsal organized by MCOBA kat Sports Planet Ampang. Gila lama aku tak main futsal, siap beli kasut baru sebab takde kasut dah. Takkan nak pakai safety boot kot. Kitorang kalah kat quarter, tapi masa grouping menang all the games. Aku sempat score 2 biji, a nice moment for me sebab sepanjang aku lawan bola tak penah score sebab aku main fullback. Score sendiri penah la sebijik masa PPM national in 1994. Baca report kat website batch
MCKK 9195.
I've got myself a new gadget, an mp3 player. Beli kat Carrefour, murah je. Ada mp3/wma player, data storage, FM stereo (radio la tu) and voice recorder. Yang bestnya memory dia guna SD card so boleh upgrade anytime, tak macam yang lain internal memory tu. Sebab tu je alasan aku beli, lain takde.
This coming 27 Sept 05, I might be going oversea, to China again for the 3rd time. Mula2 sekali aku pegi Broad Town, Changsha kat wilayah Hunan. Masa tu bulan puasa, gila seksa puasa kat sana, aku sahur maggi ngan roti je. Nasib baik diorang bagi makan nasi lauk ikan ngan sayur masa berbuka, halal la tu. Masa tu pegi training for chiller service engineer for 10 days. Kali kedua aku pegi ke Dalian pulak. Tempat ni dekat ngan Jepun so orang kat sana reti cakap Mandarin ngan Jepun. Kali ni aku pegi sebab ada Factory Acceptance Test untuk check chiller before bawak balik ke Malaysia. Pegi lebih kurang 10 hari gak, time tu baru lepas raya. Aku tak raya pun sebab giliran aku keje, balik dari sana baru raya. Time tu musim sejuk so first time aku dapat pegang salji tapi sikit je la. Ada sekali tu aku nak breakfast kat hotel situ. Sampai kat depan entrance....
Waiter: May I help you?
Aku: I'm looking for my friends.
Waiter: Four friends? (sambil tunjuk 4 jari)
Aku: No... no... not four friends, my friends.
Waiter: My friends? (muka dah pelik)
Aku: No... no... not your friends, my friends. It's ok, I can find them myself.
Apedaaaa.....
Dalian, ChinaKali ni aku nak pegi for discussion on modification of chiller. Chiller kat plant aku tak perform, tak meet the capacity. So manufacturer nak buat modification, diorang panggil the so called tech team dari sini. So sebab aku one of the chiller development program yang buat training kat sini, aku pun disuruh pegi lagi ke Broad Town, Changsha. Tak confirm lagi berapa hari pegi tapi aku make sure balik before puasa. Tak sanggup aku nak pose kat sana lagi. Kalau ada internet kat hotel aku kat sana nanti aku update apa aktiviti aku. Visa dah apply, tak tau la kalau management cancel last minute...
Broad Town, ChangshaBluedynno :: Belajar bahasa Mandarin dari dulu masih tak reti. Jepun & Hindustan senang sket.