Pernah dengar nama Irfan Khairi? Tahu tak dia salah seorang jutawan muda kat Malaysia ni? Umur dia baru 29 tahun & dia cuma jadik jutawan dengan hanya bekerja di rumah je. Ni ada sikit citer pasal dia.
Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Stafffordshire University, United Kingdom.
Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau bertanggungjawab mereka ciptra sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.
Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.
Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.
Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 - tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih. Modal permulaannya... hanya RM500. Ketika itu beliau berumur 25 tahun!
Perniagaan Internet beliau dibawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia! Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.
Sehingga hari ini, Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di keselesaan rumah menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama isteri dan sepasang cahaya mata.
Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan...
Kenape... tak percaye ke? Kalau tak percaya lagi boleh pegi baca kat website 
Rahsia Internet. Kat situ ada citer pasal buku yang dia tulis & boleh beli online. Aku baru je beli buku dia semalam kat MPH Alamanda. Aku terbaca pasal dia ni pun masa baca 
Berita Harian online, pastu ternampak banner iklan dia kat situ. Aku baca buku dia belum abis lagi, tapi setakat ni banyak gak info menarik yang aku tak sedar selama ni. At least dapat dijadikan guide untuk aku expand business aku kat internet ni. Mamat ni ada buat workshop tapi yuran dia mahal sangat la, beli buku baca sendiri murah sket cuma RM39.90. Best seller buku ni, masa aku beli tu tinggal satu je yang last kat atas rak best seller tu. Dapatkan segera sementara masih ada... 
 Rahsia Jutawan Internet Terbongkar :: Irfan Khairi
Rahsia Jutawan Internet Terbongkar :: Irfan KhairiSemalam masa aku pegi Alamanda, ada Era buat siaran luar kat situ. Ada Farah Fauzana & Nila Kurnia. Sempat tengok2 gitu je sebab aku tengah keje time tu... ;-D. Bukan mengulau ni, aku pegi beli buku & makanan sket sebab lapar. Gila ramai orang kat Alamanda kalau hari Ahad. Kalau la adik aku dapat jual keropok lekor dia kat situ mesti laku. Aku tanya gerai2 kecik kat ground floor situ berapa diorang sewa, katanya sebulan RM1,800. Ok la, takde la mahal sangat. Tapi nampak macam dah penuh. Ingat nanti nak tolong proposekan untuk adik aku la.
Jerebu dah kurang, hari ni pun cuaca gelap nak hujan.... Alhamdulillah, Allah telah menurunkan rahmat buat hambaNya. So lepas ni aku tak payah pakai Haze Action Facemask lagi bila pegi keje naik skuter. Kalau sesapa nak pinjam pakai buat potong rumput kat depan rumah boleh bagitau aku.
Oh, aku kupa nak bagitau. Klinik yang aku pegi buat demo software aku kat Meru, Klang hari tu setuju nak beli KRIMS. Tapi dia ada a few requirements for new database so aku kene program sket
 la. Setakat ni 80% siap, hopefully by next weekend aku dah boleh pegi install & commission kat klinik dia. Hope this will be the kickstart for me and the team.
Bluedynno :: Bila agaknya boleh jadi jutawan internet ni...??