When I see you my darling,
My heart bergoncang,
Everytime I see you darling pagi dan petang,
I forget to eat my makan,
Coz there's no other girl like this one.
Underneath pokok kelapak I will wait for you,
Oh my darling here me la don't tutup pintu,
Coz your hair is like penyapu,
And I know it is full of kutu...
Gile aku sibuk 2-3 hari ni, nak update blog pun tak sempat. Banyak busy kat plant la sebab keje siang direct baru2 ni. Hari Selasa malam lepas balik keje aku terus pegi rumah pakcik aku kat Pandan. Coverall pun tak bukak lagi. Dia ajak dinner kat rumah dia. Balik rumah terus down, tak larat nak online lagi dah.
Hari tak keje tapi ada meeting ngan kontraktor Kawasai dari Jepun, nak check safeguarding chiller kat plant sebab ada problem baru2 ni. Lepas lunch tido kejap kat plant. Pukul 3 member aku ajak jamming kat Bangi. 3 man band je kali ni sebab orang lain keje. Main lagu macam hari tu gak, takde lagu baru kali ni. Walaupun 3 orang tapi session kali ni best, layan sampai abis. Jari aku pun pedih2 ni sebab lama tak jam.
Malam tadi aku buat satu benda yang tak terpikir aku nak buat tapi jangan bagitau orang lain tau. Member aku kat plant, bini dia mintak tolong burnkan sumer lagu2 yang Mawi nyanyi kat AF. Aku pun search la, jumpa kat
Mawi FC &
Jakionline. Yang kat website Mawi FC tu ada mp3 and wmv tapi kat Jakionline just ada RealMedia. Aku download sumer sekali and burn buat audio CD. Tapi ni bukan untuk dijual.... nanti belilah yang original ;-D. Pastu jiran aku, member plant aku gak la, mintak datang rumah dia installkan cd buner software. Masalahnya cd writer yang dia beli tu takde bundle cd burner software. Aku try software collection yang aku ada sumer tak boleh. Tujuan asal dia nak buat vcd & audio cd. So aku bagitau dia kalau nak buat vcd guna Studio 8 sebab lepas edit video boleh terus save kat hard disk or burn direct ke cd. Pastu kalau nak buat audio cd guna je Windows Media Player. Dia pun ok je, aku suruh dia buat latih tubi dulu lepas dah ajar sket2 camana nak guna software tu. Ok la tu, dia bagi makan jemput2 pisang ngan air teh o.
Monitor aku sekarang buat hal selepas berkhidmat dengan aku sejak tahun 1998. Kejap2 screen jadik kuning, pastu gelap. Bila aku ketuk2 baru dia ok kejap. Kekadang panas hati gak nak2 kalau aku tengah concentrate buat keje, macam nak pecah monitor tu aku ketuk. Pastu tadi masa aku pegi rumah member aku yang aku installkan software cd burner tu, aku nampak ada satu monitor spare kat bilik dia. Aku tanya la monitor tu ok ke tak? Dia kata ok lagi cuma cpu diia rosak. So mintak pinjam sementara nak beli monitor baru. Dia kata no problem so aku usung la bawak balik rumah. So sekarang ni monitor lama aku dah turun takhta, ganti ngan monitor pinjam. Cuma yang baru ni screen macam blur sket tapi better before. At least takde lagi orang dengar aku ketuk2 monitor malam2.
My old Digitek monitorStart hari Jumaat ni aku akan keje direct 8 hari..... 2 hari siang pastu direct 6 hari malam. Mesti bosan tak ingat punye pastu takde life sebab siang tido. Pastu tak keje seminggu tapi ada training. Cantek gak sebab time aku tak keje tu cuti sekolah & mak aku datang KL so boleh aku lepak kat Shah Alam.
Setakat ni aku dah hantar 7 keping penyertaan J&J Baby of the Year 2005 tu. Ada lagi 4 belum hantar. Sesapa yang nak hantar baik hantar cepat sebelum 31 August ni.
Era FM ada buat galeri untuk si comel so korang boleh hantar gambos anak2 korang or anak2 jiran korang or anak sapa2 la kat situ. Aku dah hantar, click
sini kalau nak tengok.
Bluedynno :: next week is gonna be a hectic week for me