Hari Khamis baru ni lepas berbuka aku pegi ikut member aku ke Cyberjaya. Dia nak beli laptop dari sorang mamat ni yang dia dapat tahu dari
Lelong.com. Menarik gak laptop tu, brand HP Compaq, dapat RM2,700 je. Yang bestnye RAM dia 1.2GB, besar tu. Lepas settle tu aku pegi plant kejap discuss ngan member aku pasal internal quality audit. Patutnya dia focal person tapi sebab dia kene pegi training chiller kat China so aku kene cover pulak. Aku sampai rumah dalam 11.30 malam. Baru je ketuk pintu aku dengar Farra nangis. Apa hal pulak ni? Bukak je pintu nampak Ija dukung dia. Rupanya dia baru jatuh katil. Aku terus ambik & dukung Farra sambil pujuk dia. Ija terlelap masa tengah ulik dia tidur. Tetiba Farra bangun main sorang2. Sekarang ni dia memang takleh duduk diam. Masa dia tengah guling2 tu la terguling terus jatuh ke bawah. Risau ada, lawak pun ada. Esoknya aku bawak Farra pegi klinik mintak doktor check. Doktor kata ok, kalau takde muntah, mata tak juling & perangai tak berubah maknanya ok la tu. Memang Farra makin aktif sekarang ni, kekadang tak terlarat kita nak layan dia.
Semalam aku pegi ambik kunci rumah baru aku kat Taman Sutera, Kajang. Aku beli apartment je, tingkat 4. Ramai dah orang datang ambik kunci & ada jugak yang dah pindah barang sikit2. Aku ingat kalau tempat tu dah ok memang aku akan pindah jugak. Tak mampu nak bayar rumah tu lagi, rumah sewa lagi. Sekarang tengah pikir2 camana nak buat interior design rumah tu. Bapak aku cakap rumah kecik takpe tapi biar selesa & sedap mata memandang. Insya allah awal kalau ok awal tahun depan aku nak pindah.
Ok la, aku nak layan DVD yang aku bawak balik dari China, baru tengok 2 movie, ada lagi 22... hehehe. Selamat berpuasa sumer!!!...