Thursday, April 27, 2006
Xie Xie Ni!!
First of all, thanx to all yang wish aku besday. Sorry sebab lambat update blog ni, kat China takleh access Blogger, tatau apesal sejak dari dulu lagi. One of the best besday gift aku dapat is this air ticket to China. Aku akan simpan sumer ni sebab ada date besday aku kat situ. Tapi jangan ingat aku pegi suka2, atas urusan company daaa. Sapa nak bagi aku tiket free. Yang aku pegi China baru ni masuk 4 time dah. First pegi Changsha ada Broad Technical/Service Engineer Training. Then pegi FAT chiller Sanyo kat Dalian. Before puasa last year pegi Changsha lagi, technical discussion on chiller problem & major modification. Baru ni pulak pegi Changsha lagi untuk technical discussion to finalized final modification. Boring jugak asyik pegi China je, masalahnye company aku takde business interest nak pegi tempat lain. For more pics aku kat China, boleh tengok kat
Fotopage aku.
Besday aku tahun ni, Ija bagi aku perfume Truth by Calvin Klein. Bagus jugak sebab perfume aku yang lama dah abis. Memula dia cakap nak carik yang sama cam dulu gak tapi dah takde jual. So dia beli la yang ni sebab bau lebih kurang sama. Malam before aku fly ke China aku ajak satu family pegi makan kat Restoran F1 Seri Kembangan. Takde celebrate apa2 sangat pun just makan2 je. Duit pun tak masuk lagi time tu so takleh makan hebat2 sangat.
Masa kat China baru ni aku terjumpa rokok ni. Rokok menthol perisa oren. Sedap siot rasa, hidu camtu je pun dah bau oren. Susah nak dapat rokok ni, ada 2-3 tempat je yang jual. Aku nak beli satu katun pun takde. At last masa kat airport Guangzhou, aku jumpa kedai duty free jual rokok ni sekaton 90 yuan. Kalau beli sekotak je harganya 10 yuan, dalam RM4.70 la. Aku beli la sekaton nak bagi kawan2 rasa. Perisa lain pun ada macam epal and strawberry tapi aku tak beli la. Aku offer kat bos aku tapi dia tak suka, tak man enough katanya. Amaran oleh kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan.
Bluedynno :: Ni neng bu neng hway shuo ying yu ma?
blogged by Bluedynno @ 5:24 PM |
Tuesday, April 18, 2006
Educamp 2006
15 Apr baru ni, aku, Jusoh, Adri, Kak Aneeta & Siti Nurul pegi join lagi sekali Educamp 06 kat UTP. Kali ni budak2 SPM based on actual result. Kata boss ESU, ada 12,000 application untuk scholar Petronas tapi nak ambik cuma 100 untuk oversea program & 450 untuk UTP. Bayangkan la betapa fightnya diorang nak dapat scholar sekarang. Sesapa yang dah dapat tu pastu mensesiakan peluang, belajar malas & flung plak, memang tak patut la. Sabtu tu the whole aku kat UTP. Hari Ahad pagi dah boleh balik. So since time banyak lagi kitorang berjalan la apalagi. Mula2 pegi pekena cendol kat Batu Gajah. Pastu singgah Kellie's Castle plak sebab last time pegi tak dapat masuk sebab dah tutup. Amik gambar la puas2 sampai ke atas bumbung kitorang naik. Then proceed ke Gua Tempurung pulak. Carik info sket sebab nak pegi masuk lain kali. Pegi kali ni just lepak2 kat luar je sambil makan2. Abis kat situ kitorang ke Lata Kinjang sekali lagi tapi kali ni tak mandi sebab masing2 tak bawak proper attire & hari pun macam nak hujan. So just pegi amik2 gambar je & tengok orang lain mandi. On the way balik KL, singgah kat R&R Tapah beli jambu batu & mangga. Yang ni memang tak penah miss la kalau aku pegi ke Ipoh or tempat lain di Utara sana. Pegi kali ni satu kereta je sumbat 5 orang. Tu yang kecoh sket tu. Next Educamp insya allah in December, kalau boleh aku nak pegi lagi.
Insya Allah, 21 April ni aku akan ke China lagi. Pegi ke tempat yang sama aku pegi last time, Broad Town, Changsha, Hunan Province, PRC. Pegi dalam lebih kurang seminggu gak nak discuss pasal new modification yang diorang nak buat kat chiller kitorang kat sini. Kalau tak jadik jugak modification kali ni aku tak tau nak cakap apa dah. Masuk kali ni dah 5 kali diorang buat major modification, yang minor tu takyah kira la. Since 21 April tu besday aku, so aku plan nak celebrate besday aku with family a day earlier la. Simple2 je kot sebab gaji tak masuk lagi. Nak pegi China nie pun takde duit. Target nak beli DVD murah je kat sana. Yang ni takleh miss.
Bluedynno :: Sapa nak kirim DVD bagitau aku
blogged by Bluedynno @ 4:03 PM |
Saturday, April 08, 2006
Lahabau ke?
Here are some clearer pics of this Lahabau.
Wheel & motor
Side view
Front viewSoftware dah hampir siap. Tinggal nak touch up sket2 je lagi. 2 orang member aku tengah siapkan circuit. Bila diorang dah siapkan tu, aku akan try sambung ke pc & tengok whether my program works or not. Kalau jadik boleh la kita tengok Lahabau ni gerak sendiri. Tak sempat lagi ambik video nak tunjuk kat korang. Kalau boleh before 21st April aku nak siapkan dia boleh gerak sekali controlled by pc sebab by that time aku kene pegi China seminggu. Harap2 sempat la...
blogged by Bluedynno @ 2:55 PM |
Wednesday, April 05, 2006
Lahabau Update
Salamzzz... sorry sebab lama jugak tak update. Antara sebab2 nye.... line telepon umah aku rosak, baru semalam Telekom datang baiki... sibuk ngan PPA cycle, biasa la time camni kene buat appraisal untuk diri sendiri & anak buah... teruja buat robot lahabau ni. So hari ni aku ambik initiatif gak nak update sket pasal projek Lahabau aku ni.
Menatang kat atas tu namanya power inverter. Gunanya untuk convert dari 12V DC ke 230V AC @ 300W so that aku boleh power up pc nanti. Ni saje plus bateri rechargeable dah jadikan lahabau ni berat. Kalau aku tak guna pc so takyah la pakai benda ni. Masalahnya aku kene guna pc gak sebab ada multimedia presentation & voice recognition.
Ni pulak reverse sensor tapi untuk lahabau ni aku taruk kat depan kiri & kanan sebagai proximity device. Benda ni akan disambung ke parallel port input circuit. So bila sensor tu detect ada halangan kat depan, parallel port akan receive signal tu & aku programkan robot ni untuk belok ke kiri atau ke kanan depend on sensor mana yang detect. Kalau dua2 detect, dia akan stop jap, reverse, turn then jalan balik mcm biasa. Yang ni aku tak test lagi sebab circuit blom siap.
Ni la dia Lahabau setakat yang aku dah siapkan. Body dia tu tong sampah yang aku cakap beli kat Carrefour tu. Kaki kiri & kanan aku guna aluminium bar... light but durable. Lenguh jugak la nak potong sebab takde proper tool, guna gergaji & gunting besi je. Tayar belakang tu kalau korang perasan actually tayar beskal budak2 yang guna untuk support kat tepi tu. Tayar depan aku beli kat kedai hardware, biasanya orang guna tayar ni kat troli sebab dia boleh pusing horizontal 360 degrees. Motor untuk gerakkan tayar tu aku guna wiper motor. Terpaksa beli sebelah Wira punya & sebelah lagi Kembara punya, baru dapat orientation kiri kanan. Masalahnya sekarang motor tu tak sama speed plak. Aku dah sambung ngan bateri... so far lahabau ni dah boleh gerak tapi tak align sebab motor speed tak sama tu la. Maybe aku kene carik motor lain or taruk resistor so that voltage kurang & slower the speed. Nanti aku upload video robot ni gerak.
Sekarang ni aku tengah program software untuk voice recognition & multimedia pasal Melaka. Info sumer dah download & sekarang busy develop la ni. Memang aku teruja & tak sabar2 nak tengok benda ni siap. LCD monitor blom beli lagi sebab budget tak mengizinkan. Tapi yang tu lambat sket takpe. Yang penting robot ni boleh gerak dengan program yang aku design ni. Ok la, nanti ada progress aku update lagi.
Bluedynno :: Ada nama lain tak selain Lahabau?
blogged by Bluedynno @ 4:30 PM |