Salamzzz... sorry sebab lama jugak tak update. Antara sebab2 nye.... line telepon umah aku rosak, baru semalam Telekom datang baiki... sibuk ngan PPA cycle, biasa la time camni kene buat appraisal untuk diri sendiri & anak buah... teruja buat robot lahabau ni. So hari ni aku ambik initiatif gak nak update sket pasal projek Lahabau aku ni.
Menatang kat atas tu namanya power inverter. Gunanya untuk convert dari 12V DC ke 230V AC @ 300W so that aku boleh power up pc nanti. Ni saje plus bateri rechargeable dah jadikan lahabau ni berat. Kalau aku tak guna pc so takyah la pakai benda ni. Masalahnya aku kene guna pc gak sebab ada multimedia presentation & voice recognition.
Ni pulak reverse sensor tapi untuk lahabau ni aku taruk kat depan kiri & kanan sebagai proximity device. Benda ni akan disambung ke parallel port input circuit. So bila sensor tu detect ada halangan kat depan, parallel port akan receive signal tu & aku programkan robot ni untuk belok ke kiri atau ke kanan depend on sensor mana yang detect. Kalau dua2 detect, dia akan stop jap, reverse, turn then jalan balik mcm biasa. Yang ni aku tak test lagi sebab circuit blom siap.
Ni la dia Lahabau setakat yang aku dah siapkan. Body dia tu tong sampah yang aku cakap beli kat Carrefour tu. Kaki kiri & kanan aku guna aluminium bar... light but durable. Lenguh jugak la nak potong sebab takde proper tool, guna gergaji & gunting besi je. Tayar belakang tu kalau korang perasan actually tayar beskal budak2 yang guna untuk support kat tepi tu. Tayar depan aku beli kat kedai hardware, biasanya orang guna tayar ni kat troli sebab dia boleh pusing horizontal 360 degrees. Motor untuk gerakkan tayar tu aku guna wiper motor. Terpaksa beli sebelah Wira punya & sebelah lagi Kembara punya, baru dapat orientation kiri kanan. Masalahnya sekarang motor tu tak sama speed plak. Aku dah sambung ngan bateri... so far lahabau ni dah boleh gerak tapi tak align sebab motor speed tak sama tu la. Maybe aku kene carik motor lain or taruk resistor so that voltage kurang & slower the speed. Nanti aku upload video robot ni gerak.
Sekarang ni aku tengah program software untuk voice recognition & multimedia pasal Melaka. Info sumer dah download & sekarang busy develop la ni. Memang aku teruja & tak sabar2 nak tengok benda ni siap. LCD monitor blom beli lagi sebab budget tak mengizinkan. Tapi yang tu lambat sket takpe. Yang penting robot ni boleh gerak dengan program yang aku design ni. Ok la, nanti ada progress aku update lagi.
Bluedynno :: Ada nama lain tak selain Lahabau?