Name: Bluedynno
Location: Putrajaya, Malaysia

When passion works with skill, expect a masterpiece

Blogger
Bluedynno Multimedia
Bluedynno Fotopages
Dynnobot
Intelicom Resources
Prystine Percheron :: MCKK 9195
Intense Paintball
Lelong.com
SiteKreator


Blogroll Me!


Reality Distortion Field
Me 2011
Bluedynno reactivated!
Puas hati!
Kat Mesra Mall
Farra kat Tadika
Jalan2 Kuantan
Jaga kopitiam
Naik kuda
Farra and Fatin


  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • July 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • January 2008
  • February 2008
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • July 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • February 2009
  • November 2011
  • Current Posts

  • 05 Jul 07 :: Besday Acik
    10-11 Jul 07 :: Training @ KL
    14 Jul 07 :: Besday Era
    21 Jul 07 :: Anniversary Ma & Abah
    21 Jul 07 :: Besday Abe Sham
    21-22 Jul 07 :: Naza Bikers Charity Ride
    25 Jul 07 :: Besday Jue


    Friday, October 28, 2005
    Suka Duka Ramadhan 2005
    Hari Selasa lepas aku dapat call dari Ma aku. Katanya Ayah Long aku yang tinggal kat Cheras collapse & unconcious. Lepas keje aku terus shoot ke Hospital Pantai Indah. Sampai sana immediate family semua dah ada. Ayah Long aku masuk CCU, doktor suspect kes jantung. Kat situ tak cukup facility so kene transfer ke Gleneagle Intan. Doktor kata condition tak stabil. Esok paginya aku terima call lagi. Allah lebih menyayangi Ayah Long aku, dia meninggal jam 9.57 pagi due to heart failure. Al-fatihah.............

    Semalam pegi servis kereta, nak balik kampung ni. Mileage dah 160,000 so banyak aku servis including timing belt, auto oil, and etc. Tayar depan dah botak so tukar jugak 2 biji. Dalam dok tengah tengok diorang servis kereta aku, terperasan sport rim pulak. Ah sudah... dah kene racun. Cantik jugak kalau buat raya ni. So dengan rasminya kereta aku sekarang dah ada sport rim baru.... hehehe. Kopak poket aku. Raya ni allocation nak bagi duit raya 2 ratus je, sapa cepat dia dapat.


    Semalam aku tak keje so ambik peluang pegi bukak puasa last untuk tahun ni kat rumah Abah kat Shah Alam. Sampai sana tengok adik aku Jue & anak dia Harith dah ada. Apa lagi, meriah la semalam sebab ada 2 orang baby yang memang tengah tahap nakal sekarang ni.... Farra & Harith. Letih aku dok melayan diorang je. Harith dah setahun lebih dah boleh berjalan & bercakap sikit2. Nasib baik Farra kecik lagi kalau tak entah le camana, mesti kecoh dibuatnya.


    Semalam jugak aku beli gadget baru lagi tapi second hand je la sebab duit dah abis beli sport rim. Kali ni pelengkap DLSR aku, Nikkor AF 70-300mm f4-5.6G zoom lense. So raya ni sempat la aku guna lense tu untuk bergambor nanti. Boleh jugak guna untuk ambik gambo wedding yang banyak time cuti sekolah nanti. Target aku lepas ni nak beli Nikkor AF 50mm f1.8D pulak. Yang ni susah sket nak dapat so kene order.


    Esok pagi lepas Subuh aku akan bertolak balik ke Kelantan. Maybe sampai aku balik KL balik baru aku akan update blog ni sebab kat kampung takde internet connection. So aku nak ambik peluang kat sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Maaf zahir batin & halalkan makan minum. Sesapa yang balik kampung tu drive elok2, nak race pegi masuk track. Insya allah jumpa lagi lepas ni..... selamat!!!

    Bluedynno :: Jangan lupa bayar zakat fitrah, dapatkan resit yang original.
    blogged by Bluedynno @ 2:23 PM | 

    Monday, October 24, 2005

    Budak Bakul Baju
    Last week nothing interesting happen, sebab tu malas nak update blog ni. Farra makin nakal sekarang, takleh duduk diam melainkan bila dia mengantuk. Kalau nak tidur malam tu tak sah kalau tak guling2 satu katil, bila dia letih baru dia tidur sendiri. Sekarang ni suka mengajuk cakap orang. So I take the opportunity to teach her some words, go slow, insya allah cepat belajar. Sekali tu dia tengah nakal sangat, aku angkat dia taruk dalam bakul baju, terus dia senyap & duduk diam2 je. Mungkin heran kot sebab tak penah duduk dalam tu. Siap tak nak keluar plak tu.


    Weekend baru ni aku lepak rumah parents aku kat Shah Alam. Hari Sabtu aku pegi buka puasa kat rumah bapak kawan aku, si Lueko yang sekarang ni tengah keje kat Ireland. Ceritanya aku nak buat tutorial on basic HTML sebab baru2 ni aku redesign blog family diorang ni. This blog is moderated by my friend's father himself, Haji Jani who is a retiree now. The blog is very interesting and updated, aku salah sorang regular visitor la sekarang ni. Aku sampai rumah dia dah pukul 6.30 petang so sempat ajar sikit2 dulu pastu terus buka puasa. Lepas makan sambung lagi, pukul 9.30 baru balik ke Shah Alam semula.

    Hari Ahad kitorang pegi shopping baju raya. Sebab aku dah lepak Shah Alam so aku pegi ke Jusco Bukit Raja, Klang. Banyak gak sale kat situ. Aku beli baju 2 helai, seluar kargo sehelai & seluar jean satu. Cukup la tu. Safety boot ada lagi sepasang yang belum pakai so boleh la bedal untuk jadik kasut raya, takyah beli baru buat menyemak rumah je nanti. Insya allah 29 Oct ni kitorang akan bertolak balik kampung ke Kota Bharu. Tahun ni giliran raya kat Kelantan, so 1st day kat sana, 2nd day balik Terengganu. Pastu nak kene balik Kelantan semula sebab ada wedding nak kene attend. 9th Oct baru aku start shift balik, lama gak cuti tu. Sesapa yang ada kat Kelantan or Terengganu raya tahun ni contact la aku, boleh kita beraya sesama.

    Bluedynn:: Tengah pikir nak beli zoom lense baru ke tak ni...
    blogged by Bluedynno @ 4:05 PM | 

    Monday, October 17, 2005

    Bapak Bulan
    Bapak Bulan Ramadhan
    blogged by Bluedynno @ 10:24 PM | 

    Sunday, October 16, 2005

    Farra First Fall
    Hari Khamis baru ni lepas berbuka aku pegi ikut member aku ke Cyberjaya. Dia nak beli laptop dari sorang mamat ni yang dia dapat tahu dari Lelong.com. Menarik gak laptop tu, brand HP Compaq, dapat RM2,700 je. Yang bestnye RAM dia 1.2GB, besar tu. Lepas settle tu aku pegi plant kejap discuss ngan member aku pasal internal quality audit. Patutnya dia focal person tapi sebab dia kene pegi training chiller kat China so aku kene cover pulak. Aku sampai rumah dalam 11.30 malam. Baru je ketuk pintu aku dengar Farra nangis. Apa hal pulak ni? Bukak je pintu nampak Ija dukung dia. Rupanya dia baru jatuh katil. Aku terus ambik & dukung Farra sambil pujuk dia. Ija terlelap masa tengah ulik dia tidur. Tetiba Farra bangun main sorang2. Sekarang ni dia memang takleh duduk diam. Masa dia tengah guling2 tu la terguling terus jatuh ke bawah. Risau ada, lawak pun ada. Esoknya aku bawak Farra pegi klinik mintak doktor check. Doktor kata ok, kalau takde muntah, mata tak juling & perangai tak berubah maknanya ok la tu. Memang Farra makin aktif sekarang ni, kekadang tak terlarat kita nak layan dia.


    Semalam aku pegi ambik kunci rumah baru aku kat Taman Sutera, Kajang. Aku beli apartment je, tingkat 4. Ramai dah orang datang ambik kunci & ada jugak yang dah pindah barang sikit2. Aku ingat kalau tempat tu dah ok memang aku akan pindah jugak. Tak mampu nak bayar rumah tu lagi, rumah sewa lagi. Sekarang tengah pikir2 camana nak buat interior design rumah tu. Bapak aku cakap rumah kecik takpe tapi biar selesa & sedap mata memandang. Insya allah awal kalau ok awal tahun depan aku nak pindah.


    Ok la, aku nak layan DVD yang aku bawak balik dari China, baru tengok 2 movie, ada lagi 22... hehehe. Selamat berpuasa sumer!!!...
    blogged by Bluedynno @ 10:55 PM | 

    Monday, October 10, 2005

    Changsha :: The End
    Aku dah start keje semula hari ni lepas hampir 2 minggu kat China. Aku tak sempat update lepas weekend itu hari sebab takde mende nak citer. Starting from Monday, 3 Oct kitorang busy buat testing kat platform sana. Objektif aku nak beli DVD murah tercapai jugak. Dapat 6 yuan sekeping, aku beli 24 keping, hampir semua citer baru2 belaka. Puas hati la. Start puasa tak bagi aku apa2 makna sangat kat sini sebab takde feeling. Sumer macam tak puasa je. Cuma aku sahur dengan maggi, roti & hot chocolate je. Bukak puasa pulak sempat teguk air kosong je sebab lepas tu pegi dinner ngan diorang kat luar. Imsak lebih kurang 5 pagi, 6.10 petang dah berbuka. Start Isnin cuaca bertukar dari panas ke sejuk dan berangin. Tak tahan aku, hidung dah start berair dan bersin. Hampir2 nak demam, nasib baik aku mintak ubat. Ntah apa ubat diorang bagi aku belasah je. Ada 2 jenis, satu kaler putih, satu lagi kaler hitam. Yang hitam tu kuat sket so diorang suruh ambik waktu malam je sebab takut ngantuk.


    Rabu all testing completed, sumer data sudah dikumpul. Khamis closing meeting ngan diorang tapi ada certain documents yang diorang takleh submit lagi. So Jumaat kene datang lagi for the last time to collect all the documents. So aku ambik kesempatan lepak2 kat kilang tu sambil ambik gambar untuk kenangan. Entah bila lagi aku dapat sampai sini sebab tahun depan maybe aku dah akan tukar keje.


    Hari Jumaat aku sempat pegi keluar ke town for last minute tour. Pegi ke Park of Heroes kat tengah2 bandar di mana pejuang masa zaman Jepun dikebumikan di situ. Cantik tempat tu sebab bukan setakat ada memorial tu je tapi siap ngan tasik and theme park. Lepak sana sampai dekat2 nak bukak puasa. Then pegi bukak kat restoran muslim lagi for the last time. Malamnya terus pack barang sebab tak sabar2 nak balik dah.


    8 Oct jam 6.30 pagi aku dah turun check-out. Driver from the company jemput kitorang untuk pegi airport. Our flight was from Changsha to Guangzhou at 8.10 pagi. Then kene transit to Malaysia with flight at 3.15 petang. Lama jugak la melangut kat Baiyun Airport tu. Balik kali ni dapat naik Business Class gak tapi Boeing 747-400P, bukan Airbus. Masa check-in mintak duduk kat upper-deck, dapat pulak tu, seronoknya sebab tak penah dok sana. The coach was great, kerusi dia siap boleh baring, macam iklan tv tu la. Kat personal interactive screen tu aku pilih tengok citer Herbie Fully Loaded sebab belum tengok lagi & tak jumpa DVD dia kat sana. Selepas 3 jam lebih aku dah nampak darat Malaysia, tak sabar rasa nak touchdown. Masuk terminal aku shopping cokelat and rokok. Kat area duty free tu boleh dapat rokok sekartun Dunhill RM40 je, member kirim sebab rokok dah naik harga kan.


    Hari Ahad aku cuti sehari lagi sebab nak spend time with my family. Aku pegi bukak puasa kat rumah parents aku kat Shah Alam. Nikmatnya dapat bukak puasa makan makanan Malaysia. Hari ni start keje malas gila rasa, nasib baik boss takde so rileks la sket. Aku pun tak sempat lagi update dia pasal apa yang aku buat kat China. Tahun aku dapat raya... yuhuuu!!! Selamat berpuasa semua...

    blogged by Bluedynno @ 4:57 PM | 

    Sunday, October 02, 2005

    Changsha :: 1 & 2 Oct 05
    1 Oct 05 - Weekend, takde meeting hari ni so aku plan nak keluar pegi jalan2 dengan member aku. Yang tak bestnya tak tahu nak pegi mana sebab takde tour guide. Aku main redah je keluar, tengok arah mana yang ramai orang ramai jalan kaki. Nak naik cab tak tahu nak suruh drebar tu pegi ke mana sebab memang takde arah tujuan. Aku jalan je sampai aku tiba kat Changsha Railway Station. Ramai orang lepak situ sebab kebetulan cuti. Takde beli apa pun sebab takde yang berkenan. Perut lapar tapi tahu nak makan apa. Last2 sebab tak tahan sangat aku belasah je makan fillet-o-fish kat McD. Tu je la yang boleh harap pun.


    Masa tengah lepak kat railway station tu, aku nampak ada sorang orang tua ni tengah selongkar tong sampah. Then dia keluarkan satu tin Coke. Tengok isi ada lagi & dengan rileknya dia teguk. Kesian gak aku tengok. Bila dah abis dia campak tin tu then kemekkan, nak recycle rupenye. Aku terpikir gak, kalau aku bagi dia air baru mau dia tuang je air tu pastu ambik tin kosong. Kat sini Coke dia panggil ker-ler. Then datang sorang lagi ambik botol mineral, tuang air & ambik botol je. Aku garu kepala......


    Pastu aku jalan2 lagi, naik satu jejantas. Jejantas tu ada banyak simpang kat atas so senang nak cross ke mana2. Tapi ramai gak yang cross kat bawah je. Kat atas tu ada sorang orang cacat tengah main seksofon, macam Kasim Selamat. Suasana kat sini macam kat stesen bas Pudu. Kesian gak aku tengok, bagi la dia derma sket. Pastu aku nampak 2 orang polis macam nak halau dia. Dia buat muka seposen je pastu sambung main seksofon balik. Kesian....


    Hari ni perut aku tak jamah nasik langsung, seksa siut. Lunch and dinner aku belasah makan Maggi asam laksa je. Ada ke patut room service tu pegi buang bekas aku yang bawak untuk masak maggi. Dia ingat bekas disposable kot. Last2 aku terpaksa guna bekas tempat letak ais untuk botol champange tu untuk masak maggi. Lantak la, kalau diorang marah aku cakap la apesal pegi pandai2 buang bekas aku!!

    Malam takde aktiviti, aku layan tengok movie kat bilik & game MU vs Fulham. Bosan gile.... tak sabar nak balik ni!! Aku nak makan nasik lemak....

    2 Oct 05 - Weekend, takde hasil gak. Aku bangun pukul 12 tengahari. Perut dah lapar gile sebab tak masuk nasik lagi. Call member aku ajak pegi carik restoran muslim. Nasib baik aku ada bawak balik tisu kedai tu masa pegi itu hari. Kat tisu tu ada tulis nama kedai siap ngan peta sekali. So tunjuk je kat drebar teksi then terus dia bawak ke sana. Aku order nasik goreng & lamb bbq yang macam sate tu. Puas hati & kenyang hari ni. Termakbul jugak nafsu perut aku akhirnya.



    Lepas makan ambik cab pegi ke Walker Street. Tempat ni macam Petaling Street or Jalan Tuanku Abdul Rahman kalau kat Malaysia. Ramai gila orang datang sini, nak gerak pun susah. Diorang ada pesan kalau datang sini kene jaga2 sket wallet, handphone or other valuable stuff sebab banyak pickpockets. Boleh dikatakan barang2 kat sini agak murah tapi aku nak carik sourvernir macam baju or something yang ada tulis Changsha or China. Masalahnya aku tak jumpa benda2 camtu kat sini. Kalau setakat Adidas or Nike tu kat Malaysia pun boleh beli. Aku nak something yang memorable.



    Pastu aku naik tut-tut pegi Carrefour. Beli jus oren, roti & bekas masak maggi baru untuk sahur nanti. Tu je la lauk sahur aku kat sini... sedih siut. Tak sabar rasa nak balik ni. Aku rindu kat family aku and nak makan sedap2 kat rumah. Dari Carrefour tu naik tut-tut lagi pegi ke railway station sebab diorang bagitau kat situ boleh dapat DVD murah. Sampai sana dalam lebih kurang pukul 7.30 malam. Tengok2 kedai dah tutup, hampeh betul. Gagal lagi misi aku hari ni. Entah bila lagi dapat pegi sebab esok dah start meeting balik. Maybe Jumaat aku akan fly back, tu pun based on result testing tu nanti.

    Tadi aku beli rokok Marlboro 20, murah je 10 yuan dalam 5 ringgit la. Haram tak sedap, nyesal beli, rasa dia muak sket. Masa kat kedai tadi ada sorang tu offer aku rokok local sini, best jugak. Aku tanya harga.... 38 yuan sekotak. Bapak mahal!!! Nak balik nanti boleh beli la kot. Malam tadi member aku ajak pegi dinner kat restoran muslim. Sampai je apa pun dah takde sebab dah lewat. Aku mintak curry fan (nasi goreng kari) abis, mian-tiao (mee) pun abis. Yang ada cuma roti, lamb bbq & yarng tarng (lamb soup) je... belasah je la sebab perut dah lapar. Lepas makan terus balik bilik tido. Esok kene bangun awal.... bukan macam pagi tadi.
    blogged by Bluedynno @ 11:56 PM | 

    Saturday, October 01, 2005

    Changsha :: 29 & 30 Sept 05
    29 Sept 05 - Hari ni sambung meeting lagi, macam biasa drag jadik lama sebab kene translate one by one. Two of my senior managers arrive today, sebab belah petang nak meeting dengan CEO host company sini. So hari ni dapat la makan special sikit sebab 2 orang ni datang. Dapat makan kari ayam ngan tuna yang member aku bawak dari Malaysia. Yang lain sumer lauk vege je. Petang meeting session ngan CEO diorang, agak hangat sebab manager aku hentam baik punya. Lepas meeting diorang bawak round2 kawasan kilang nie.



    Malam pegi dinner kat muslim restaurant lagi, makan lagi kambing BBQ... sedap gile. Nama restoran tu senang je.... At-toamul muslimin (kedai makan muslim). Lepas makan aku keluar jalan2 kejap tapi dekat area hotel je la. Bosan gila hari ni, balik bilik, check email, tengok tv then terus tidor. Dari aku tiba sini sampai la sekarang aku still tak dapat beli lagi prepaid SIM card. Kalau ada murah sikit kalau nak call or hantar sms.


    Satu benda aku dok perati kat sini kan, orang sini bila bercakap macam nak tengking or marah je, kasar semacam. Kalau tak biasa mesti takut punye. Masa aku pegi breakfast kat hotel ni, sekali tu aku nampak a few American couples dukung baby. And the babies are all Chinese. Then aku tanya la salah sorang dari diorang tu why the baby looks like Chinese. Rupanya anak angkat.... diorang datang sini carik baby untuk diangkat. Tahu berapa kos nak ambik sorang baby kat sini? USD 20,000!!! Patut la Angelina Jolie ambik anak angkat kat Vietnam & Africa...


    30 Sept 05 - Sampai hari ni aku still tak tau lagi kenapa aku takleh bukak sumer blogspot kat dalam bilik hotel ni. Vulgar sangat ke word blogspot tu? Meeting hari ni macam biasa.... gaduh... gaduh... gaduh... Pagi diorang cakap lain, petang dah jadik lain pulak, sapa tak bengang. Boss aku siap gertak nak balik terus kalau diorang tak dapat nak fulfill requirements kitorang, gelabah jugak diorang. Mau kene buang keje diorang tu kalau jadik camtu.


    Nampaknya aku terpaksa puasa kat sini jugak for a few days. Testing untuk modification tu cuma boleh start on this Monday. Weekend ni free so boleh la pegi keluar jenjalan. Tak tau lagi nak shopping apa. Barang2 elektronik kat sini mahal, beli kat Malaysia lagi bagus. Aku ingat nak pegi cari DVD movie sebab dulu masa kat Dalian aku dapat beli DVD sekeping cuma 6 yuan, lebih kurang 3 ringgit je duit kita. Dah start boring sebenarnya duduk lama2 kat sini. Masa pegi Dalian dulu ada kontraktor Cina ikut sekali so takde masalah kalau nak pegi mana2 sebab dia tolong translatekan. Sekarang ni aku terpaksa bawak pocket dictionary aku. Kalau tak paham aku tunjuk je apa yang ada dalam kamus tu.


    Starting from 1st October China cuti seminggu sambut National Day, best gile. Kene propose kat Pak Lah camni gak la, baru dapat menghayati erti kemerdekaan sebenar... muahaha!!!
    blogged by Bluedynno @ 11:11 AM | 



    Free shoutbox @ ShoutMix



    dynno(s) online
    Putrajaya, Malaysia

    The WeatherPixie

    eXTReMe Tracker


    Powered by Blogger


    Hits since 17 July 2005
    Free Web Counter
    Free Web Counter
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

    ShoutMix!











    Copyright © Bluedynno Multimedia