Rasanya dah masuk 2 bulan sejak last posting aku kat blog ni. Rekod aku paling lama tak update. Panjang citer sebenarnya, banyak alasan aku yang munasabah kenapa lama aku tak update. Ada yang ingat aku hilang, maybe aku busy, pegi oversea ke. Actually tak.... aku ada lagi kat sini. Cuma lama aku tak update sebab:
- a) aku sibuk pindah rumah
- b) rumah baru aku takde internet lagi
- c) kat ofis tak sempat update sebab sibuk lately
Banyak benda aku nak citer tapi tak sempat nak tulis time ofis ni, aku suka tulis time lepak2 kat rumah. Tapi kat rumah takde internet boring la plak. Ntah bila Telekom nak datang pasang, call Bahagian Pemasangan tak pernah ada orang angkat, hampeh betul! Antara benda yang aku nak citer termasuk:
- a) besday Kimi anak Siti Nurul
- b) wedding jobs aku, baru 5 setakat ni
- c) Malaysian GT Japan 06, dapat tiket free. Pics ada kat Fotopage aku
- d) rumah baru aku... jom la datang
- e) pics Farra yang latest
Nanti la aku update sumer ni. In the meantime korang masuk la blog orang dulu.... hehehe!