Pada tarikh ini, 30 tahun dulu, Bluedynno telah pertama kali melihat dunia. Hari ini, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya aku masih lagi dapat melihat dunia dan membiarkan dunia melihat aku melalui blog ni. Bila dipikirkan balik rasa sekejap je 30 tahun. Aku puas hati ngan hidup aku sekarang, apa yang aku nak, aku dapat. Aku ada famili, masih lagi ada ibu bapa, ada kerja, ada moto dan ada rumah. Cukup untuk aku, bini aku dan anak2 aku. Sekurang-kurangnya jika ditakdirkan apa2 jadi kat aku, diorang ni still boleh hidup ngan sempurna.
"Ya Allah, aku mohon dariMu kebaikan dalam kehidupan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya. Ya Allah, lindungilah aku dari keburukan kehidupan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Amin Ya Rabbal Alamin."