27 - 29 Apr baru ni, aku join away day yang department aku buat. Kitorang pegi ke Tekam Plantation Resort kat Jerantut, Pahang lebih kurang 4 jam naik bas dari Kerteh. Memang aku teruja nak pegi sebab lama dah tak pegi outdoor camni. Antara aktiviti menarik ialah berakit, caving, treasure hunt, telematch and karaoke.
1st day sampai petang tu start ngan rafting. Diorang bagi tong drum plastik ngan paip PVC je untuk buat rakit tu. Team aku ada 8 orang dengan nama Renault (AJK bagi nama ni). Berakit kat kolam buatan kat situ je, bukan dalam sungai. Tapi ok la sebab lama dah tak berakit. Kitorang kene berlumba ngan rakit tu. At last group aku dapat no. 3 je. Malam tu plak ada Crazy Night Hunt. Kitorang kene pegi to several checkpoint berpandukan clue2 berkaitan tempat resort tu. Tak penah lagi aku buat treasure hunt waktu malam tapi menarik gak. Group aku no. 2 sampai kat penamat tapi sebab group 1st tu bawak barang tak cukup so group aku dapat no. 1. Habis je aktiviti malam tu hujan lebat sampai ke pagi.
Pagi 2nd day, patutnya buat Tai Chi kat padang tapi sebab hujan kene buat kat dewan je. Then kitorang naik bas ke Taman Warisan Gua Kota Gelanggi. Kat sini ada banyak gua tapi kitorang masuk Gua Angin & Gua Sanding je. Sebab hujan malam sebelumnya, kitorang trekking dalam trek yang basah dan berair. Pacat tak banyak sangat macam kat Ulu Kenas. Untuk pegi ke Gua Sanding kene go thru Gua Angin dulu. Lubang nak masuk sempit sket, muat untuk sorang je so trip jadik slow. Bila dah kat dalam memang menarik sebab gua ni tak ramai orang masuk. Takde proper platform macam Gua Tempurung, trek batu je. Macam biasa aktiviti dalam gua ialah identify batu2 berbentuk binatang atau orang. Memang seronok sangat. Aku siap pakai semula baju official Kembara UTP sebab dah lama tak pegi outdoor ni.
Belah petang 2nd day tu ada telematch. Biasa la sukaneka macam ni, setakat nak build up teamwork. Seronok la jugak, aku layan je. Petang tu kitorang main polo kat kolam renang. Malamnya plak ada BBQ dinner and karaoke. Aku try gak layan nyanyi 4 lagu i.e. Lagu Cinta Lagu Rindu, Hati Emas, Gerhana & Widuri. Dekat pukul 12 malam baru masing2 masuk bilik.
On last day, ada buat kerja amal sket, bersihkan masjid kat area situ. Then prize giving ceremony. Group aku dapat 1st overall. Surpirisingly, karaoke malam sebelum tu ada hadiah rupanya. Aku dapat no. 3..... huahuahua!!! Lepas lunch kitorang balik semula ke Kerteh, sampai lebih kurang pukul 5 petang. Harap2 next time ada lagi aktiviti camni.