Name: Bluedynno
Location: Putrajaya, Malaysia

When passion works with skill, expect a masterpiece

Blogger
Bluedynno Multimedia
Bluedynno Fotopages
Dynnobot
Intelicom Resources
Prystine Percheron :: MCKK 9195
Intense Paintball
Lelong.com
SiteKreator


Blogroll Me!


PPD Away Day 08
Hepi Besday Papa!
It's been 30 precious years
Yang dapat, yang kena, yang disayang
Edisi Bosan
Salam from Kerteh!
Knight Rider 2008
Farra Warded
PJ1/WP GDC-MSB Handover
DIY Wireless Digital Alarm System



05 Jul 07 :: Besday Acik
10-11 Jul 07 :: Training @ KL
14 Jul 07 :: Besday Era
21 Jul 07 :: Anniversary Ma & Abah
21 Jul 07 :: Besday Abe Sham
21-22 Jul 07 :: Naza Bikers Charity Ride
25 Jul 07 :: Besday Jue


Wednesday, May 07, 2008
Duyong Gas Complex
Kalau korang nak tahu, ni la platform tempat aku keje sekarang. Namanya Duyong Gas Complex @ Platform Duyong @ Duyong Bravo. Kenapa dipanggil Duyong? Sebab diambil sempena nama tempat yang parallel ngan platform ni di darat. Kenapa dipanggil gas complex? Sebab Duyong ni ada 3 drilling platform iaitu DDP-A (Duyong Drilling Platform Alpha), DDP-B (Duyong Drilling Platform Bravo) & DDP-C (Duyong Drilling Platform Charlie) so all these dipanggil complex. Complex ni just produce gas asli je, minyak takde. Sebab apa dipanggil Bravo? Sebab platform aku keje ni attach by bridge ngan DDP-B. Alpha & Charlie tu remote platform, lebih kurang 5 km dari platform ni. Biasanya unmanned, pegi sana kalau ada keje je, pegi naik bot lebih kurang 1/2 jam.

Kalau korang perhati gambar atas tu, platform ni terbahagi kepada 4 module iaitu Living Quarters (LQ), Central Processing Platform (CPP), Gas Compression Platform (GCP) & Drilling Platform B (Bravo). LQ adalah tempat kitorang tido, keje, makan, meeting & aktiviti sosial/riadah lain. Ada 4 tingkat LQ ni, bilik aku level 2. Sini la jugak tempat heli landing, tgk helipad kat atas tu.

LQ dihubungkan ngan CPP melalui satu bridge lebih kurang 50m panjang. CPP ni adalah tempat gas diproses sebelum dihantar ke darat. Gas asli dari bawah laut tu bercampur ngan air dan condensate so ia perlu diasingkan terlebih dahulu. Proses dia simple je tapi aku malas la nak citer sekarang. Kat CPP ni gak ada control room di mana kita monitor & control semua proses kat platform ni.

GCP ialah tempat di mana gas dimampatkan supaya pressure dia increase. Module ni baru lagi. Dulu masa platform ni mula2 bukak, pressure telaga gas tu tinggi lagi, so tak payah ada compressor pun gas dah boleh dihantar ke darat. Equipment kat GCP ni cuma compressor je. Gas akan masuk separator kat CPP then pegi GCP untuk compress then balik semula ke CPP untuk metering then baru keluar. DDP-B ialah tempat di mana telaga gas terletak. Tak ada apa pun kat sini kecuali paip yang masuk ke dalam wells bawah laut lebih kurang 76m dalam. Sama jugak ngan remote platform, ada wells je.

Duyong ni start operation tahun 1984, 1st gas platform wholly owned by Petronas. Kalau korang kira betul2, tahun depan genap la usia platform ni 25 tahun, boleh sambut jubli perak. Memang platform tua tapi alhamdullilah production masih cemerlang & kitorang dapat keje ngan selamat kat sini. Insya Allah tahun depan ada rejuvenation program sempena jubli perak, so Duyong akan dapat banyak pembaharuan. Tu la serba sedikit pasal Duyong yang aku boleh share ngan korang. Nak tahu lebih sila tanya dalam komen.

Bluedynno :: Petang tadi aku nampak sekumpulan dolphin berenang sebelah Duyong ni. Macam best je rasa.
blogged by Bluedynno @ 11:11 PM | 



Free shoutbox @ ShoutMix



dynno(s) online
Putrajaya, Malaysia

The WeatherPixie

eXTReMe Tracker


Powered by Blogger


Hits since 17 July 2005
Free Web Counter
Free Web Counter
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

ShoutMix!











Copyright © Bluedynno Multimedia